Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), Ajai mengakui jawapan yang diberikan Isaac Voo antara sebab mempengaruhi pertimbangannya untuk menyingkirkan penyanyi itu pada malam Ahad.
Isaac menjadi peserta pertama BS5 yang terkeluar pada minggu kedua saingan selepas persembahannya menerusi lagu Terhangat Di Pasaran dendangan asal kumpulan KRU dan Adam gagal menambat hati juri.
Menduduki tangga tercorot menerusi markah yang diberikan juri tetap dan juri undangan, Isaac tersingkir selepas mencatatkan markah sebanyak 36.33 peratus.
“Yes, dia jawab populariti dulu.. yang saya nak ilmu dahulu sebab nak industri (muzik) kita seiring dengan populariti.
“Kita ambil contoh penyanyi zaman dahulu.. kenapa mereka masih dikenali sehingga hari ini adalah sebab penyampaian mereka ada ‘trademark’.
“Dekat sinilah (BS5) kita nak setkan ‘trademark’ individu itu untuk mewarisi penyanyi sedia ada yang bagus dalam industri. Dengan adanya kami, adalah untuk kongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka.
“Ada orang, ada ilmu tanpa bakat. Ada orang, ada bakat tapi tiada ilmu. Jadi saya suka yang kedua.Biar ada bakat tapi tiada ilmu,” katanya kepada MH.
Terdahulu, sejurus membuat persembahan Isaac ditanya Ajai apa tujuannya menyertai BS5, sebelum penyanyi yang berasal dari Sabah itu menjawab penyertaannya adalah untuk dirinya lebih dikenali ramai tanpa menyedari respon itu kurang digemari juri tetap tersebut.
Ads
Dalam pada itu, Ajai turut berkata dia rela dikecam netizen susulan beberapa komennya yang kedengaran sedikit ‘keras’ kerana tujuannya adalah cuma satu, iaitu atas dasar untuk mengajar generasi baharu mengenai teknik nyanyian yang betul.
“Saya dah biasa kena kecam, cuma jangan kecam Aina. Biar saya sahaja kena kecam, tak mengapa.Tujuan kami cuma ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua peserta.
“Setakat ini saya belum ada peserta favourite lagi sebab masih belum ada yang konsisten dalam persembahan mereka.
“Selain itu, saya lihat para peserta juga kurang mendalami dari segi penghayatan lagu malah mereka kadang-kadang seolah tidak memahami lirik lagu yang mereka nyanyikan.
“Penyanyi yang mempunyai identiti sendiri, dia akan sustained (kekal lama). Prinsip saya talent comes first, popularity akan datang kemudian,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, selaku juri tetap, Ajai dan Aina Abdul telah menggunakan ‘talian hayat’ Immuniti-X bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya tersingkir kerana undian peminat kurang menyebelahi dirinya.
Disebabkan penggunaan Immunitiitu, pihak juri kemudian sebulat suara memilih menyingkirkan Isaac daripada pertandingan tersebut.
BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufahanie, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.
Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boyz.
Ads
Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan duo Hoondoo dari Korea Selatan.
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Akhirnya Cinta itu telah mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu untuk melihat Salma dan Erra digandingkan semula di atas pentas nyanyian menerusi mana-mana projek.
Terdahulu, Erra merupakan mentor kepada Salma ketika dia bertanding untuk sebuah program realiti nyanyian Mentor musim kelima, sekitar tahun 2011 lalu.
“Minggu lepas dia tiba-tiba cakap pada aku, saya rasa sampai skang oarang fikir saya duduk rumah tak buat apa mcm dulu org fikir masa kita kat kazakhstan tu. Aku senyum pahit. Tak mampu nak bangkang. Aku cuma genggam jari dia.
“Kalau dia memang takat duduk rumah jaga anak pun tapi dia membahagia aku. Kat mana dosanya? Dulu di kazakhstan pun, bukan dia kije tidur je. dia bangun tiap malam buat susu anak, vacuum rumah, basuh pinggan, kemas katil, jaga email, buat deal. macam2. cuma orang tak tau,” tulisnya.
Tambah Fynn lagi, dia meminta supaya orang ramai untuk berhenti menyamakan suaminya dengan segelintir suami yang malas di luar sana.
“Masyarakat suka samakan setiap entiti di dalamnya. Hanya sbb ada suami yg mmg mcm biawak duduk mengangkang kat rumah tanpa buat apa2 dan expect gaji bini mcm dlm drama tu habis dipukul rata semua suami dlm dunia.
“Worse, sebab suami sendiri miang jahat gagal laknat. Habis suami aku dituduh sama. tu laki kau, giler. sometimes aku rasa ada peratusan suami aku tersungkur dgn sakit dia bersebab pressure masyarakat. but worry not. aku tak salahkan sesiapa,” katanya lagi.
Terdahulu, kesihatan suami Fynn, Hazrilfitri Hadzir kini dilaporkan tidak menentu dan telah dinasihatkan untuk memperbanyakan berehat di rumah.
Foto: Instagram Fynn Jamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!