Satu perkongsian video usahawan viral yang juga pempengaruh, Iddin Syah ketika melakukan amal kebajikan dengan menghulurkan sumbangan di bazar Ramadan mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di media sosial.
Ini kerana, ada yang mendakwa dia menunjuk-nunjuk dalam berbuat kebaikan.
Iddin yang juga pengasas produk kecantikan ESW berkata, dia tidak menyangka tindakan mulia yang dilakukan itu menerima komen negatif kerana niatnya hanya mahu berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Sebenarnya sebelum ini pun saya buat (derma) cuma tak tunjuk, kita buat sendiri-sendiri sahaja. Tapi bila tak buat orang mempersoalkan pula, jadi kita tunjuklah untuk beritahu kita pun ada beri sumbangan.
“Lagipun sekarang ini bulan Ramadan, tak salah saya kongsi rezeki dengan orang lain, mana la tahu dengan apa yang saya tunjuk itu mungkin boleh jadi contoh kepada orang lain.
“Saya dah biasa kena kecam tapi bila baca komen yang kata bukan-bukan itu sedikit sebanyak membuatkan saya kecil hati sebab mereka seolah-olah tak beri sokongan atas apa yang saya buat,” katanya.
Menerusi TikTok, Iddin menyerahkan sumbangan kepada 500 orang pengunjung bazar Ramadan di Kuala Ketil, Kedah, baru-baru ini menjadi tular di media sosial.
Ads
Dalam rakaman itu, orang ramai dilihat beratur panjang bagi mendapatkan bantuan berupa beras, biskut dan senaskah al-Quran.
Bagaimanapun perkongsiannya ahli perniagaan berusia 27 tahun itu mengundang kecaman apabila ada yang menuduhnya sengaja ‘show off’.
Iddin pada masa sama menjelaskan, tujuannya berkongsi rakaman video berkenaan adalah kerana mahu memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya usahawan muda.
“Ini bukan kali pertama, tahun lalu saya viral sebab borong makanan peniaga bazar yang tak habis dijual… itu pun kena kecam!
Ads
“Apa yang saya kongsi ini sekadar nak beri inspirasi kepada orang lain terutamanya peniaga muda supaya mereka pun berminat nak hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Sekarang ini ramai orang susah, tak salah kita bantu-bantu. Lagi pun laman sosial saya banyak golongan muda, sekurang-kurangnya bila mereka tengok bolehlah jadi inspirasi nak membantu orang lain,” ujarnya lagi.
Iddin sebelum ini turut memuat naik beberapa sesi kebajikan yang dilakukan bersama pasukannya di Instagram.
Pelakon jelita, Mia Ahmad ada berkongsi cerita dan bergurau perihal suaminya, Mohd Izham Tarmizi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara.
Bintang berusia 32 tahun ini mendedahkan suaminya pernah ‘curi-curi’ untuk memakan baju kelawar miliknya.
“Pose teleng kepala since semua dok tanya duk rumah pun pakai lawa-lawa ke? Dah berapa hari dah husband I curi-curi pakai baju kelawar I. dah takde baju dah i nak pakai #insidejoke #curijokepm #husbandpunpakaibajukelawar #7mthspreggo,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat berasa terhibur terhadap perkongsian bintang drama bersiri Hati Perempuan itu.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Kini, Mia sedang hamil anak keduanya yang kini sudah mencecah usia 7 bulan.
Foto: Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi pembatalan majlis pernikahan bersama aktres, Mimi Lanayang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu.
Menurut Syafiq, dia berharap agar semua pihak dapat memberi ruangan terhadap isu bagi menghormati kedua-dua buah keluarga.
“Saya mengambil maklum dengan isu ini. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya dan pihak Mimi.
“Saya harap isu ini tidak lagi kita ulas dengan lebih lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak.
“Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah pun menyelesaikan perkara ini secara baik diantara kami,” katanya kepasa MH.
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem DOH yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut memaklumkan dia dan Mimi kini memilih untuk mengambil masa sendiri dan memberi fokus kepada kerjaya serta keluarga.
“Saya rasa perkara ini tak diulas lanjut lagi pada peringkat seterusnya dan diharapkan tiada lagi follow up lanjut selepas ini. Itu sahaja jawapan saya.
“Buat masa sekarang, saya mengambil pendekatan untuk kami mengambil masa, dan ruang masing-masing untuk memberi fokus terhadap keluarga dan kerja,” ujarnya lagi.
Pada 11 Ogos lalu, Mimi yang merupakan pelakon filem Pusaka mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini.
Mimi bagaimanapun tidak berkongsi sebarang penjelasan lanjut mengenai pembatalan perkahwinan mereka.
Terdahulu, pasangan ini juga pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi foto di media sosial.
Dalam perkembangan lain, filem Doh ini merupakan buah tangan pertama Syafiq bersama syarikat produksinya sendiri, Indigo Film.
Filem ini boleh ditonton bermula hari ini secara langganan menerusi platform penstriman, Tonton
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, 34, belum bersedia untuk komen lanjut mengenai tindakannya yang mencukur kepala hingga hampir botak sehingga menjadi buah mulut ramai, sejak kelmarin.
Berkongsi video yang kini tular itu menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya, Nonny turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai perubahan imejnya itu buat masa ini.
“Saya mohon maaf. Saya belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan atau ditemu bual buat masa ini.
“Mohon doakan yang terbaik buat saya,”katanya, lapor Harian Metro.
Nonny bagaimanapun memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan sihat.
Malah dia menambah, dirinya kini sedang memberi fokus kepada dua penari kelahiran Perancis yang kini menjadi idolanya iaitu Laurent dan Larry Nicolas atau lebih dikenali sebagai Les Twins.
“Saya begitu meminati mereka. Saya baru kenal Les Twins pada 1 Januari lalu melalui video viral mereka di TikTok.
“Mereka sangat meminati penyanyi Beyonce dan sangat terkenal. Saya harap mereka akan datang ke Malaysia,”katanya lagi.
Terdahulu Nonny mengejutkan pengikutnya di Instagram apabila tampil dengan imej baharu selepas lama mendiamkan diri.
Menerusi klip video terbabit, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka bajunya dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini