
Aktres Nabila Huda ada berkongsi fotonya bersama seekor serigala dalam baka Husky Siberia ketika sedang berliburan di New Zealand menerusi Instagram.
Bagaimanapun, foto yang dikongsikan bintang Munafik itu menjadi perhatian gara-gara kapsyen yang ditulis bintang berbakat itu.
“Hello Everybody! (Relax..Saya dah cibuk muka Saya Dan samak,” tulisnya.
View this post on InstagramHello Everybody!👋🏽 (Relax..Saya dah cibuk muka Saya Dan samak)😜
A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat yang sedia memahami seterusnya memberikan komen pelbagai terhadap entri berkenaan.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi Abil.
“What to do…being me it’s not easy,” antara reaksi yang diberikan Abil terhadap salah satu komen yang diberikan.
Difahamkan, Nabila berliburan di luar negara selama beberapa minggu yang turut disertai ahli keluarganya yang lain.
Foto: Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Berkongsi Berita Gembira Tak Lama Lagi,” – Tarikh Nikah Dah Dekat? Mas Idayu Komen Khabar Angin

Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memohon doa yang baik-baik susulan timbul khabar angin yang mendakwa dan pasangan yang juga Penerbit Eksekutif sebuah stesen televisyen, Sufian Isa bakal bernikah 16 September depan.
Mengharapkan agar segala perancangan berjalan dengan baik, bintang itu bagaimanapun akui bakal berkongsi mengenai perkara tersebut di dalam satu acara istimewa yang akan dilangsungkan pada 21 Ogos ini.
“Insya-Allah, doakan yang baik-baik buat kami dan dipermudahkan semuanya. Saya akan berkongsi berita gembira ini kepada semua tidak lama lagi.
“Kebetulan pada 21 Ogos ini saya akan mengadakan majlis An Exclusive With Mummy Mas Idayu, Meet & Greet dan Pelancaran Twenty Skincare.
“Lagi pula, ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan. Jadi, mohon untuk doakan segala yang dirancang ini berjalan lancar.
“Saya nak berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan kata-kata yang positif buat kami,” katanya.
Mas Idayu yang juga juri tetap program Ceria Popstar Xtra 2022 berkata semuanya hampir siap turut berkongsi perkembangan menjelang hari bahagianya.
“Macam yang pernah saya kongsikan, soal persiapan ini tak boleh terburu-buru. Saya juga akan berkongsi mengenai berita gembira ini jika semuanya sudah siap.
“Untuk masa sekarang, alhamdulillah perkara dan bahagian penting sudah siap. Tinggal lagi beberapa perkara kecil seperti barang hantaran.
“Saya kalau boleh memang nak ikut cara orang dulu-dulu yang mana beli barang mengikut pilihan kita yang dirasakan sesuai dan kesukaan pasangan itu. Tidak mahu keluar bersama pergi cari barang, walaupun dia ajak saya.
“Jadi, kalau nak tahu apa yang saya suka dia akan bertanya kepada orang terdekat saya. Begitu juga sebaliknya,” katanya lagi.
Terdahulu pada April, Mas Idayu mendedahkan dirinya bakal berkahwin dengan Sufian Isa pada September depan, namun tarikhnya belum pun lagi dapat dikongsikan.
Menerusi pendedahan sama, Mas Idayu akui sudah saling mengenali Sufian sejak program Mentor 3 pada 2008 cuma baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.
Kemudian, pada Mei lalu Mas Idayu sudah ‘diikat’ Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarga Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Babak Ambil Wuduk Sebelum Masuk Masjid, Zoey Rahman Komen Pada Sean Lje ‘Jangan Lupa Mandi Wajib’!

Bintang media sosial yang kini bergelar pelakon, Sean Jle atau nama lengkapnya, Sean Lee Jia Ern ada berkongsi foto kandid yang memperlihatkan aksinya yang sedang mengambil wudhuk.
Lalu, perkongsian foto berkenaan mencetuskan sensasi sehingga ada di antara peminatnya yang menyangka dia sudah pun memeluk Islam, sebagaimana yang dilakukan selebriti berbangsa Cina sebelum ini, pengarah Michael Ang.
Sean bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen sudah menjelaskan bahawa ia merupakan antara babak yang perlu diselesaikan menerusi drama web episod, berjudul Celup di samping Emma Maembong.
“Shooting web series #celup pagi ni, scene masjid lagi. bersihkan diri dulu sebelum masuk hehe harap2 xde org rembat selipar @HavaianasMalaysia Sean ni,” tulisnya ringkas.
View this post on InstagramA post shared by Sean Lee Jia Ern (@seanlje) on
Menariknya juga, entri yang setakat ini sudah pun menerima lebih 25,000 tanda suka turut mendapat komen pelbagai netizen termasuk rakan selebriti.
Antara yang mencuit hati ialah komen yang diberikan pelakon Zoey Rahman terhadap pelakon My Coffee Prince ini lalu dibalas sinis Sean.
Selain Zoey antara rakan artis lain yang turut memberikan komen ialah seperti Ramona Zam Zam dan Adeline Tsen.
Foto: Instagram Sean Jle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Kisah Benar, Makmum Boleh Buat Korang Meremang, Seriau Solat Seorang Diri Dalam Gelap

Tular sejak awal Mei lalu apabila sebuah filem seram dari Indonesia bertajuk ‘Makmum The Movie’ yang difahamkan diinspirasikan dari sebuah kisah benar bakal menghantui pencinta filem seram di sana tidak lama lagi.
Malah, trailer pendeknya yang dikongsikan menerusi Twitter dan YouTube mendapat reaksi pelbagai, termasuk dari negara ini.
Kalau ada yang mengikuti kisah awalnya, Makmum sebelum ini hanyalah sebuah filem pendek dengan yang mempunyai durasi kurang dari 10 minit sahaja dan digarap pelajar, Riza Pahlevi.
Pemuda itu mengangkat kisah mengenai seorang perempuan yang mengalami gangguan misteri di asramanya, ketika solat.
BESOK! Teaser #MAKMUM rilis. Ikuti update-nya di akun @DeeCompanyID dan @bluewater_films.
'MAKMUM', diangkat dari film pendek karya @RizaPahleviTTM. SEGERA.#ad#MakmumTheMovie#DeeCompany#BlueWaterFilms@Non_Hadrah@Titi_KamaLL pic.twitter.com/qPjybfjwrs
— MD Pictures (@MDPictures) May 7, 2019
Baru-baru ini MD Pictures mengumumkan mengenai pelancaran trailer pendek versi filemnya. Meski tidak diketahui sama ada filem ini akan ditayangkan di negara ini atau sebaliknya, namun pasti ramai yang menantikan filem seram terbaru ini.
Difahamkan, pelakon utama untuk filem berkenaan ialah aktres terkenal, Titi Kamal.
Sementara itu, trailer pendek tersebut memaparkan babak ‘meremang’ apabila Titi Kamal yang dilihat sedang mahu menunaikan solat tiba-tiba terkejut apabila pintu tiba-tiba terbuka.
Selepas menutup pintu selepas mendapati tiada siapa-siapa yang membukanya, Titi kemudannya menyambung solat namun apa yang mengejutkan, ada suara lain yang turut mengikutinya dari belakang.
Dalam keadaan mimik muka yang ketakutan dan resah, Titi dilihat meneruskan solat dan untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya, kita perlu nantikan versi penuh trailer tersebut tidak lama lagi.
Trailer pendek kurang seminit itu sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik awal Mei lalu.
Sumber/Foto: Nontonapa.com/Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI