Uncategorized

“Saya Dah Dapatkan Pandangan Ustaz” – Ini Penjelasan DS Shahida Bila Ramai Pertikaikan Ejaan Nama Yusoff Al Qardawi

Share

Awal minggu ini MH lihat banyak berita mengenai kehadiran ‘orang baru’ di dalam keluarga pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dari saat Datin Seri Nur Shahida melahirkan hinggalah kini, ada sahaja netizen yang memberikan komen mereka. Ada yang baik dan sebaliknya.

Terbaru, Shahida ada memuat naik perbualannya bersama seorang ustaz menerusi Insta Storynya.

MH difahamkan bahawa ramai yang mengatakan ejaan nama Yusoff adalah salah.

“Ramai yang DM cakap salah ejaan dan macam-macam lagi. Alhadulillah saya dah dapatkan pandangan seorang ustaz.

“Harap tak ada yang mempertikaikan lagi,” tulisnya.

Alahai netizen ni pun… sampai nama pun boleh jadi isu ya. Sepatutnya kita mendoakan yang baik-baik sahaja buat si ibu dan si comel itu.

Namun begitu, menjengah ke ruangan komen, masih ramai netizen yang memberikan ucapan tahniah kepada Shahida.

Dalam pada itu, instagram milik Yusoff juga kini telah mencecah seramai 175 ‘follower’ dalam masa yang singkat. Hebat juga penangan si kecil ini ya.

Foto: Instagram Datin Seri Shahida

Published by
Khaleeda Rashikin