Pelawak, Abam Bocey awal semalam memaklumkan berita gembira apabila isterinya, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Masih belum diberi nama, bayi lelaki yang ditimang pasangan ini pastinya menjadi rezeki paling bermakna.

“Alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan anak lelaki…. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!! terima kasih yg sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak sy.

“Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor hospital selayang…. Anda semua terbaikkk… Alhamdulillah alhamdulillah subhanALLAH masyaALLAH,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan terdahulu ada berkongsi sekeping foto dirinya yang sedang menanti isteri di muka pintu wad bersalin.

IKLAN
View this post on Instagram

Penantian itu indah… . #fatherToBe

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on

IKLAN

Abam dan isteri, Siti Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Menerusi ruangan komen, Abam dan isteri dihujani dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.

Foto: Instagram Abam Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI