Selepas setahun dan kini menetap di Australia, usahawan sensasi Nur Sajat kini dikhabarkan berada di Singapura atas satu program perniagaan.

Keberadaannya di Kota Singa itu difahamkan memberi ruang kepadanya untuk bertemu dengan anak kembar yang dijaga selepas sekian lama tidak berjumpa.

Menerusi satu video yang dikongsikan yang di laman TikTok, Sajat atau nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, melahirkan perasaan sedih sejurus berkongsi mengenai perkembangan Syaza dan Syahmi.

Dalam video berkenaan, Sajat dilihat mengalirkan air mata sambil menahan sebak kerana terlalu merindukan mereka.

“Saya dah lama tak jumpa anak. Beberapa jam lagi saya akan jumpa anak… akhirnya saya akan jumpa anak saya. My true love,” katanya.

Ads

Rata-rata netizen meluahkan rasa susulan hal tersebut.

Malah, tidak kurang juga yang menasihati Sajat agar tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa agar memudahkan urusan di kemudian hari.

Terdahulu, Sajat menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia selepas namanya didakwa terlibat dalam kes mahkamah membabitkan perniagaan yang diasaskannya.

Ads

Lantaran itu, Sajat mendapatkan perlindungan ke Australia selepas ‘lari’ ke Thailand seterusnya menggunakan nama Bella ketika berada bersama rakannya di Bangkok.

Usahawan itu juga dikatakan mempunyai kad UNHCR sebagai jaminan tidak ditahan pihak berkuasa.

Ads

Sementara itu, menerusi laman Instagram miliknya, Sajat ada memuat naik gambar salah seorang anak angkatnya dalam keadaan tertidur di Insta story.

Bagaimanapun, tiada sebarang penerangan dibuat penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi hantaran terbabit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI