Pelakon Shukri Yahaya akui bertuah kerana dikurnia seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Bagaimanapun, sebagai suami, Shukri tidak mahu mengambil kesempatan terhadap keterbukaan isterinya itu.
Katanya lagi, selepas melakonkan babak yang dikatakan agak keterlaluan di dalam drama Layang-Layang Perkahwinan, dia akui ada terdetik rasa bersalah di dalam hatinya.
“Tiada masalah dengan isteri saya. Dia okay dan faham dengan kerjaya saya. Walaupun dia okay, itu tak bermakna saya boleh buat sesuka hati
“Selepas melakonkan babak tersebut, saya sendiri rasa tak sedap hati. Saya tahu hal ini boleh buat dia terasa,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada isterinya mengenai babak yang harus dilakonkannya itu.
Ads
“Saya juga ada maklumkan kepada isteri bila saya lakonkan babak mesra tersebut. Saya bagitahu yang babak itu mungkin akan diperkatakan.
“Jadi, saya dah maklumkan lebih awal supaya dia tahu dahulu. Namun, selepas ini saya akan lebih sensitif terhadap perasaan orang ramai dan isteri saya,” ulasnya lagi
Shukri berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkawinan pada Isnin.
Ads
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini akui kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang dikatakan cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan keadaan.
“Kami tidak ada berbincang mengenai isu ini. Isteri saya pula, dia lebih memilih untuk tidak menonton lakonan saya bersama wanita.
“Kadang kala ada juga segelintir pihak yang menjadi batu api dengan menghantar klip-klip video tersebut di akaun media sosial isteri saya.
“Namun, isteri saya sangat positif dan dia pun tak membuka hantaran tersebut. Malah, dia juga tidak meletakkan perasaan marah atau benci terhadap diri saya,” katanya lagi.
Ads
Katanya lagi, isterinya kini sudah semakin bijak untuk mengawal emosi lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.
“Dulu pernah juga dia merajuk lebih-lebih lagi ketika sebelum kahwin. Biasalah merajuk seorang perempuan.
“Malah, isteri saya pun lebih memilih untuk tidak menonton drama-drama lakonan saya. Mungkin ini adalah cara dia untuk elak rasa cemburu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shukri telah mendirikan rumah tangga dengan isteri, Tya Adnan 20 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Fizo Omar bersyukur dalam gembira selepas anak tunggalnya, Wan Maryam kini sudah bebas Covid-19 dan kini mereka berdua sudah dapat isi masa bersama.
Sebelum ini, Maryam yang mencecah usia 3 tahun dan bekas isterinya, Mawar Karim telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif pandemik berkenaan.
Sambil menyifatkan anak perempuannya itu seorang yang kuat, bintang berusia 35 tahun itu juga turut berpesan kepada semua agar sentiasa menjaga diri.
Mengakui hidup dalam kegelapan sebelum memeluk Islam, pelakon Adam Corrie Lee merasakan dirinya kini turut memikul tanggungjawab untuk menyebarkan kebenaran kepada saudara yang belum Islam.
Malah dia takut sekiranya dipersoal di akhirat kelak andai tidak menjalankan amanah Allah.
“Dahulu saya sebelum saya mengucap dua khalimah syahadah, saya hidup dalam kegelapan. Tiada arah tuju hidup.
“Apabila saya dapat keluar dari kegelapan, saya telah berniat dan rasa bertanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam kepada saudara yang belum Islam betapa indahnya Islam.
“Mereka berhak tahu tentang Islam. Saya takut diakhirat kelak, Allah tanya kenapa tak sebarkan keindahan Islam kepada rakan-rakan yang belum islam,” jelas Corrie.
Ulasnya lagi, tugas berdakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.
“Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.
“Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan.
“Tepuk dada. Tanya iman sendiri. Senyum selalu. Selalu bersangka baik, InsyaAllah hati tenang #adamcorrie #cinaMuslim @kembaraiman.saudarabaru,” kongsinya lagi.
Adam sebelum ini mengakui seorang atheis sebelum mendapat hidayah Allah. Dia memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isteri, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Foto : Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rapper, Altimet ada memberikan pandangannya pengenai persembahan penyanyi, Zamani yang menyanyikan lagu Bunga di konsert akhir Gegar Vanganza 5 pada Ahad.
Katanya, dia kagum dengan usaha yang dipamerkan penyanyi Gerimis Mengundang itu kerana berani mencuba sesuatu yang baru.
Pandangan tersebut disuarakannya menerusi laman Instagram.
“Saya dapat banyak DM mintak ulas pasal pasal persembahan Zamani semalam. Terus terang saya tabik Abang Zamani kita ni. Bukan sebab dia boleh rap, bukan sebab dia buktikan dekat ramai orang yang kata dia tidak boleh rap salah. Sebab dia berani cuba benda baru untuk tingkatkan prestasi dia.
“Ini satu perkara yang kadang-kadang orang kita tak suka buat. Lepas satu tahap dalam hidup, diorang dah relax, kata tak payahlah belajar benda baru ni, dah cukup dah ilmu-ilmu untuk cari makan.
“Ini cara pemikiran dulu-dulu guys. Zaman sekarang ni kalau malas belajar skill baru memang ketinggalan lah. So, salute Zamani dan semua peserta yang masuk GV5,” tulisnya.
Tambah Altimet, mempelajari sesuatu yang baru adalah perkara yang jarang dilakukan oleh artis tempatan apabila mereka telah mencapai satu tahap yang selesa.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Altimet itu.
Wah, kalau penyanyi asal pun dah puji, bermakna persembahan Zamani dan Billy Zulqarnain pada malam tersebut memang benar-benar bagus lah ye. Apa-apa pun tahniah diucapkan buat Zamani dan Billy Zulqarnain.
Foto: Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Saingan program realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) kini semakin sengit apabila dua pesertanya, Ashmirul dan Qarl G, diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.