Categories: Hiburan

“Saya Dah Maklumkan Lebih Awal,” – Isteri Faham Kerja, Elak Tonton Drama Lakonan Syukri Yahaya

Share

Pelakon Shukri Yahaya akui bertuah kerana dikurnia seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.

Bagaimanapun, sebagai suami, Shukri tidak mahu mengambil kesempatan terhadap keterbukaan isterinya itu.

Katanya lagi, selepas melakonkan babak yang dikatakan agak keterlaluan di dalam drama Layang-Layang Perkahwinan, dia akui ada terdetik rasa bersalah di dalam hatinya.

“Tiada masalah dengan isteri saya. Dia okay dan faham dengan kerjaya saya. Walaupun dia okay, itu tak bermakna saya boleh buat sesuka hati

“Selepas melakonkan babak tersebut, saya sendiri rasa tak sedap hati. Saya tahu hal ini boleh buat dia terasa,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, dia juga sudah memaklumkan terlebih dahulu kepada isterinya mengenai babak yang harus dilakonkannya itu.

“Saya juga ada maklumkan kepada isteri bila saya lakonkan babak mesra tersebut. Saya bagitahu yang babak itu mungkin akan diperkatakan.

“Jadi, saya dah maklumkan lebih awal supaya dia tahu dahulu. Namun, selepas ini saya akan lebih sensitif terhadap perasaan orang ramai dan isteri saya,” ulasnya lagi

Shukri berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkawinan pada Isnin.

Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini akui kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang dikatakan cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan keadaan.

“Kami tidak ada berbincang mengenai isu ini. Isteri saya pula, dia lebih memilih untuk tidak menonton lakonan saya bersama wanita.

“Kadang kala ada juga segelintir pihak yang menjadi batu api dengan menghantar klip-klip video tersebut di akaun media sosial isteri saya.

“Namun, isteri saya sangat positif dan dia pun tak membuka hantaran tersebut. Malah, dia juga tidak meletakkan perasaan marah atau benci terhadap diri saya,” katanya lagi.

Katanya lagi, isterinya kini sudah semakin bijak untuk mengawal emosi lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.

“Dulu pernah juga dia merajuk lebih-lebih lagi ketika sebelum kahwin. Biasalah merajuk seorang perempuan.

“Malah, isteri saya pun lebih memilih untuk tidak menonton drama-drama lakonan saya. Mungkin ini adalah cara dia untuk elak rasa cemburu,” akhirinya.

Sekadar informasi, Shukri telah mendirikan rumah tangga dengan isteri, Tya Adnan 20 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf