Sejak mengumumkan kemahilan cahaya mata sulung pada Khamis, pelakon Intan Najuwa mendedahkan dirinya menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Menitipkan ucapan terima kasih atas komen yang diterima, Intan turut memberikan reaksi mengenai pandangan segelintir yang menasihatkannya untuk tidak berkongsi kehamilan sekiranya usia kandungan terlalu awal.
“Terima kash di atas semua doa-doa, kata-kata yang baik dan semua benda yang positif. Ia agak mengambil masa juga untuk saya dan suami mengumumkan perkara ini.
“Benda happy dan baik kita kongsi supaya ramai yang mendoakan dan saya percaya semua bayi di dalam dunia ini patut diraikan.
“Untuk yang comment toksik tu, tak mengapa. Kata-kata yang kita katakan dan lontarkan akan sentiasa berbalik kepada kita sendiri. Jadi berhati-hatilah jika menulis sesuatu,” tulisnya di Instagram Stories.
Ads
Menerusi hantaran berasingan, pelakon drama Racun Rihanna ini turut memberikan responnya bila ada indvidu yang memberikan menegur dia kerana dikatakan mengumumkan kehamilannya terlalu awal.
“Untuk yang DM, perut saya sudah besar dah pun. Jadi, tak mungkin dua atau tiga bulan. Yang pastinya, saya tahu bila masa yang sesuai untuk umumkan.
“Saya dan suami pun ada ibu bapa dan keluarga yang lebih tahu dan mereka pun sudah tentu bagi nasihat apa yang patut dan l tak patut.
Ads
“Jadi, semua benda yang kami buat, of course kita sudah rancang siap-siap dan tahu buruk dan baiknya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Intan turut menyeru kepada semua pihak untuk menitipkan doa yang baik-baik dan tidak perlu terlalu risau mengenai kandungannya itu.
“Kita pun sudah dapatkan nasihat doktor. Bila doktor kata inilah waktu yang sesuai, barulah saya maklumkan. Saya dah masuk trimester kedua dah pun, alhamdullilah.
Ads
“Masa awal kehamilan pun tak keluar rumah, tak maklum sesiapa kecuali keluarga dan takan terdekat. Jadi, jangan risau ya. Doakan sahaja yang baik baik. Jangan terlalu negatif.
“Apa-apa dalam hidup kita ni semua Allah sudah tulis dan aturkan. Kita hanya ikut keadaan, belajar untuk bertenang dan nikmati hidup,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah mengambil keputusan untuk berangkat ke Perth, Australia, Zahirah MacWilson ada berkongsi keadaan terkini setibanya di negara tersebut.
Menurut Zahirah, keadaan pendemik wabak Covid-19 di negara berkenaan kini berada di dalam keadaan yang terkawal dan jumlah kes tempatan juga adalah sifar.
“Untuk yang tertanya mengenai kes di Perth, dah enam bulan tak ada kes tempatan.
“Sebelum ini pun kes sangat rendah. Sekarang mereka tidak ada SOP seperti kena pakai mask atau kena social distancing.
“Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu menerusi Instagram stories miliknya.
Jelas Zahirah lagi, prosesnya untuk meminta kebenaran bagi memasuki negara tersebut bukanlah senang tetapi dia tetap meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah pun dipermudahkan.
“WA (Western Australia) tutup sempadan mereka dan akan sentiasa tutup sehingga April 2021. Kecuali anda memegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau ada alasan kukuh baru boleh masuk.
“Itu pun sudah tentu kena minta kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia terlebih dahulu.
“Ia bukan sesuatu yang mudah tapi Alhamdulillah, Allah dah susun semuanya.
“Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19.
“Apa-apa pun, semoga Allah sentiasa lindungi kita semua,” kongsinya lagi.
Difahamkan, Zahirah dan Aiman kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel sebelum dibenarkan untuk berangkat ke rumah ibunya.
Terdahulu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berangkat ke Australia sebagai persediaan menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin mengakui terkejut apabila anak bongsunya, Adam,15, membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian.
Atas hal yang berlaku, Zarina berkata dia hilang kata-kata apabila wang simpanan sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu kini hanya berbaki RM3.
“Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.
“Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu ‘lesap’. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Zarina berkongsi video di Instagram yang memperlihatkan Adam mengaku kesilapan yang dibuat dan berasa kesal dengan tindakannya itu.
Bagaimanapun, Zarina sudah memadam video itu kerana dikecam netizen yang mendakwa pelakon itu menjatuhkan air muka dan membuka aib anaknya.
Zarina berkata, dia tidak berniat untuk mengaibkan anak bongsunya itu sebaliknya mahu perkara ini menjadi iktibar dan teladan kepada ibu bapa lain.
“Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.
“Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.
“Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?
“Takkanlah nak simpan keburukan anak. Saya kongsi supaya orang luar juga ambil langkah sama dengan memantau pergerakan anak masing-masing. Saya dah terkena, jadi saya tak mahu orang lain pun sama,” katanya.
Zarina berkata, dia sangat tegas dengan anak-anak dan jika buat salah kena mengaku kesilapan yang dibuat dan kena tanggung kesan kesalahan itu.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pegacara dan bekas peyampai berita, Zakiah Anas mengenang kembali detik-detik awal perkenalannya bersama sahabat baik yang juga merupakan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menurut Zakiah, mereka yang pada ketika itu berhasrat ingin menjadi wartawan penyiaran telah dipertemukan di bilik berita, TV3 lebih tiga dekad yang lalu.
Katanya lagi, Aznil sememangnya seorang yang berbakat besar sejak daripada awal kemunculannya di dalam industri penyiaran.
“Berbangga sangat dengan sahabat yang sorang ni. The one and only @aznilnawawihm. Kami sama-sama bermula 31 tahun lalu di Bilik Berita TV3 Jalan Liku Bangsar.
“Sama-sama bertatih nk jadi wartawan penyiaran bersama tujuh orang lagi rakan satu batch. Dia terus layak menjadi pembaca berita, sedangkan saya berpeluh-peluh comot jadi wartawan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Zakiah turut menambah, meskipun tidak lagi bergelar penyampai berita pada waktu itu, namun, dia tetap berbangga melihat perjalanan Aznil di dalam industri hiburan tanah air.
“Namun selepas itu bakatnya lebih terserlah dan cemerlang di bidang hiburan. Saya terus di bilik berita dan rezeki juga lepas tu dipilih sebagai penyampai berita. Alhamdulillah
“Dan dia terus gilang mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dikecapi serta anugerah diraih dan yang terbaru ‘Anugerah Khas MELETOP’. Nil you are completely amazing,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zakiah baru sahaja menbuat kemunculan semula di program berita, Buletin Utama TV3 selaku penyampai berita ‘lagenda’ bersempena ulang tahun kelahiran TV3 yang ke-38.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zakiah Anas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!