Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa merasakan perubahan vokal merupakan perkara normal buat seorang penyanyi seiring perubahan zaman dan peningkatan usia.

Bagaimanapun, Rossa berharap agar perubahan suara yang dimaksudkan itu tidaklah ke arah yang lebih teruk.

“Saya Dah Menyanyi Lebih 25 Tahun, Mesti Tak Sama Macam Dulu,” – Vokal Berubah Sering Usia, Rossa Anggap Itu Perkara Normal

“Saya kurang maklum sekiranya ada yang membandingkan vokal saya sekarang ini dengan ketika di awal pembabitan dulu. Bagi saya, secara semula jadi suara berubah mengikut peredaran masa.

“Selain daripada faktor usia, kadang kala suara juga berubah mengikut trend. Mungkin ketika itu, trend menyanyi berbeza dengan trend menyanyi lima tahun kemudian.

“Apa lagi saya sudah menyanyi selama 25 tahun, jadi semestinya vokal tidak sama dulu. Mudah-mudahan berubah bukan menjadi lebih teruk sebaliknya menjadi lebih baik,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran konsert dan album terbaru, Another Journey The Beginning yang berlangsung di The Curve, Damansara pada Selasa.

“Saya Dah Menyanyi Lebih 25 Tahun, Mesti Tak Sama Macam Dulu,” – Vokal Berubah Sering Usia, Rossa Anggap Itu Perkara Normal

Sementara itu, Rossa akui teruja dengan sambutan luar biasa peminat Malaysia menjelang Konsert Another Journey: The Beginning yang bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 Julai ini.

Meskipun baru sahaja mengadakan konsert 25 Shining Years di Plenery Hall, Kuala Lumpur tahun lalu, Rossa memaklumkan konsert kali ini sememangnya berbeza memandangkan ia bakal berlangsung dengan lebih santai.

Ads

“Saya memang menantikan untuk mengadakan konsert di Zepp KL. Kawan-kawan pun bagitahu suasana menyanyi di Zepp KL sangat seronok.

“Kebanyakkan konsert saya di Malaysia sebelum ini berlangsung secara agak formal. Tiketnya juga lebih mahal. Konsert kali ini konsepnya lebih mesra dengan gabungan lagu lama dan baharu.

“Ini juga merupakan konsert jelajah bagi album terbaru saya. Jadi, saya sasarkan untuk menyanyi lebih daripada 20 lagu pada konsert itu nanti,” ujarnya lagi.

Ads

“Saya Dah Menyanyi Lebih 25 Tahun, Mesti Tak Sama Macam Dulu,” – Vokal Berubah Sering Usia, Rossa Anggap Itu Perkara Normal

Dalam pada itu, Rossa akui bersyukur kerana albumnya itu masih mampu terjual lebih 300,000 unit meskipun ketika ini ramai yang sudah beralih ke platform digital.

“Alhamdulillah, di Indonesia masih banyak permintaan untuk album saya memandang ia juga merupakan barang koleksi.

“Album ini merangkumkan pelbagai emosi dan turun naik saya sebagai manusia sepanjang dunia berdepan pandemik Covid-19,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI