Disoal isteri mengenai soal pemakanan khinzir suatu ketika dahulu, Adam Corrie Lee menjelaskan, dia secara terbuka menyatakan pendapat dan mengakui babi hutan lebih enak berbanding yang biasa.
Namun maklumnya lagi, keinginan untuk menikmati hidangan tersebut telah hilang empat tahun sebelum dia memeluk agama Islam.
Ulas Adam lagi, ia bagaikan satu petunjuk bahawa Allah ingin bersihkan dirinya sebelum kembali kepada fitrah.
“Bidadari saya tanya, saya jawab je la dengan jujur.
“Respon “erkk ” sebab dia ingat babi pink yg lebih ramai suka makan tapi sebaliknya.
“Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan.
“Dan alhamdulillah .. 4tahun sebelum saya syahadah / kembali kepada fitrah.. Saya sudah tiada rasa nak makan babi.
“Rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah,” ulasnya jujur.
Tegas pelakon ini, jangan sesekali memandang hina kepada haiwan tersebut kerana setiap ciptaan Allah bukan sia-sia, sebaliknya merupakan ujian bagi umat Islam. Malah dia meminta agar pendapatnya diambil daripada sudut positif.
“Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya.
“Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ye. Jika kita pandang negatif , negatiflah yang kita dapat.
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi.”
(Surah al-Baqarah: 173)
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang .
#adamcorrie
#SayaBukanUstaz #JanganPanggilSayaUstaz,” tambahnya lagi.
Sekadar imbasan, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada November 2008. Pasangan ini dkurniakan seorang anak, Adam Fateh Lee pada 11 Julai 2018.
Foto : Instagram Adam Corrie Lee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI