Vokalis kumpulan Exists, Mamat yang sebelum ini sering terlibat dengan kontroversi susulan pengambilan bahan terlarang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen tinggi bagi mempersiapkan diri untuk Konsert Resolusi Exists yang bakal diadakan pada 18 November ini di Zepp, Kuala Lumpur.
Menurut Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 44, dia berterima kasih kepada ahli kumpulan Exists yang lain kerana tidak pernah meminggirkannya sebaliknya terus memberikan sokongan untuknya bergerak ke hadapan walaupun pernah dihimpit kontrovesi sebelum ini.
“Bila dipanggil balik oleh ahli kumpulan yang lain, ini merupakan satu peluang untuk saya buat comeback dan sama-sama buat sesuatu yang baik untuk industri.
“Lagi satu saya dah tua dan sekarang saya nak fokus pada komitmen kerjaya saya. Sekarang saya rasa kehidupan lebih tenang dan relaks.
“Saya nak mereka (peminat) tengok saya sebagai seorang artis yang bekerjaya dan berjaya untuk masa akan datang,” katanya kepada MH.
Mamat ditemui pada majlis sidang media Konsert Resolusi Exists yang diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts, Kuala Lumpur pada Isnin.
Ads
Konsert berdurasi dua jam itu akan menghimpunkan antara line up terawal Exists iaitu Mamat, Ajai, Musa, Along dan Ujang termasuk dua penyanyi pelapis baharu untuk kumpulan itu, Pasha dan Eiz.
Berkongsi lebih lanjut mengenai kehidupannya kini, Mamat berkata dia masih perlu menjalani proses pemantauan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Namun, menurutnya, proses pemantauan itu tidaklah terlalu ketat memandangkan dia kini telah menunjukkan perubahan positif.
“Saya masih lagi dalam pemantauan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh AADK. Mereka akan memaklumkan sekiranya ada sebarang aktiviti.
Ads
“Saya juga boleh melakukan aktiviti seni tetapi perlu maklumkan kepada mereka mengenai jadual kerja kerana tidak boleh bergerak bebas seperti biasa.
“Lagipun saya tidak akan ke mana kerana sebagai individu yang dikenali sudah tentu mereka tahu saya di mana,” katanya.
Ads
Konsert anjuran ImagineX itu akan memperlihatkan Exists menghiburkan peminat setia mereka dengan rangkaian hampir 20 buah lagu popular band yang ditubuhkan pada tahun 1990 itu.
Tiket dijual pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Meet & Greet) bermula jam 3 petang tadi.
Untuk rekod, Mamat ditahan pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru bersama seorang rakan kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.
Selepas mengadakan konsert Exists Reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019, Mamat kemudiannya menjalani rawatan di Persatuan Pengasih Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wow! Astro Shaw mendominasi carta hujung minggu kutipan pecah panggung apabila mengumumkan kutipan terkini filem Pusaka melebihi RM7.2 juta setelah 11 hari ditayangan di pawagam.
Filem Pusaka memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent, The Terminator dan sebuah filem baharu antarabangsa Doctor Sleep.
Bukan itu sahaja, filem Pusaka turut mendominasi tangga pertama filem box-office di Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.
Filem seram penyiasatan ini adalah terbitan Astro Shaw dan Director’s Think Tank dan ia merupakan arahan Razaisyam Rashid.
Filem yang dibintangi pelakon Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Draman Muhammad, Aloy Paradox dan Yuna Rahim.
“Kami berasa amat gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penonton di pawagam. Pusaka merupakan satu idea yang segar untuk filem seram tempatan dan ia ditulis oleh “Astro Shaw In-House Writers”.
“Kolaborasi antara Director Think Tank dan Razaisyam Rashid sangat berbaloi dan kami terbuka untuk bekerjasama dengan pengkarya filem dan pelakon baru,” kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.
Ujarnya lagi, jutaan terima kasih kepada penonton, pemamer dan para media yang tidak putus-putus memberikan sokongan untuk filem Pusaka. Filem Pusaka terus ditayangan di 125 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Bagi penggemar filem seram, jangan lupa saksikan Pusaka di pawagam. Ia telah pun ditayangkan sejak 31 Oktober lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau Anne memohon maaf kepada suaminya kerana masih belum mampu memberikan zuriat selepas gagal dalam proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dikongsikan pasangan ini pada Sabtu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Hasanah atau mesra disapa Anne, berkata dia tidak berputus asa dan akan berusaha melahirkan zuriat buat mereka berdua.
“Maafkan belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat.InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa.Saya sayang awak,” tulis Anne di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu juga, Anne turut menzahirkan penghargaannya terhadap Achey yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat dirinya selain seorang suami yang sangat bertanggungjawab kerana menjaganya ketika sakit.
“Terima kasih selama ini menjadi tulang belakang saya, banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak.
“Bahagikan masa awak, kerja dan kami.Terima kasih banyak-banyak… saya hargai sangat-sangat,” tulis Anne lagi.
Terdahulu, pasangan ini memulakan perjalanan rawatan IVF sejak Ogos lalu selepas 11 tahun berkahwin.
Keputusan yang didapati menerusi rawatan tersebut adalah negatif seperti yang dikongsikan pasangan ini pada Sabtu.
Achey dan Anne mempunyai seorang anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir yang dijaga sejak empat tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagai menghentikan khabar angin, bintang gusti hiburan WWE, John Cena akhirnya mengesahkan penglibatannya menerusi siri francais Fast Furious, Fast 9.
Perkongsian tersebut dibuat bintang berusia 42 tahun ini menerusi salah satu status di Twitter miliknya, baru-baru ini.
Tulisnya, dia terharu kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada famili siri francais berkenaan.
For nearly 20 years, the Fast Franchise has entertained fans and created some of the biggest cinematic moments in history. It’s an incredible honor to join this franchise and this family. https://t.co/7GFzDsX8sl
“Dalam tempoh 20 tahun ini, francais Fast & Furious telah pun menghiburkan para peminatnya dan mencipta momen filem terbesar dalam sejarah.
“Setinggi-tinggi penghargaan untuk saya menyertai francais dan menjadi sebahagian dari famili filem ini,” tulisnya.
Lalu, pendedahan tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminat bintang gusti itu.
Difahamkan juga, The Rock atau sinonim dengan nama pentasnya, Dwayne Johnson tidak lagi terlibat di dalam siri terkini filem tersebut.
Selain Cena, barisan pelakon lain yang membintangi filem tersebut termasuklah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Lex Elle dan ramai lagi.
Filem aksi terhebat ini dijangka bakal menemui para peminatnya di seluruh dunia pada Mei tahun hadapan.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas selesai menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai undangan di Era FM, pengacara dan personaliti versatil, Sharifah Shahirah kini sah sebagai penyampai baharu di stesen radio Sinar FM.