Bintang filem Mami Jarum Junior, Rita Rudaini mengumumkan dirinya bakal mengerjakan ibadah umrah pada November.
Turut sama menyertai romobongannya ke tanah suci ialah dua anak lelakinya.
“Deposit hanya rm500…pakej umrah paling selesa dan dpt bersama2 sy dan anak2 mengerja ibadat umrah pd 21hb nov – 1dec ini….,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan ibu kepada dua orang cahaya mata ini dipermudahkan.
Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto : Instagram Rita Rudaini