Penyanyi Nora Ariffin ada berkongsi foto, sekitar majlis pernikahan anak sulungnya, Mohd Syakir Iman menerusi posting Instagram yang dikemas kini.
Syakir, 26 tahun telah mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Eilya Sofea Aman. Majlis telah dilangsungkan di Masjid Putra, Putrajaya.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Hampir 2 tahun menanti. Hari ini saya dan arwah Jihan dah dapat menantu. Mama berdoa Syakir Iman dan Sofea bahagia hingga ke jannah.
“Jadilah suami yang baik seperti papamu. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Welcome to our family my dear Sofea, love you,” tulis penyanyi Di Persimpangan Dilema ini sambil disambut ucapan tahniah peminat.
Malah, Nora turut berkongsi momen indah anaknya sebelum sah bergelar suami orang.
Terdahulu, Syakir dan Sofea telah mengikat tali pertunangan pada Februari 2017, di kediaman pihak perempuan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Nora Ariffin