Tahniah diucapkan buat penyanyi Adira Suhaimi yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 1.00 tengahari tadi.

Meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya, Adira,31, berkata dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah… pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.

IKLAN

“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran terkininya di Instagram.

IKLAN

Imbas kembali, Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI