Berita

“Saya Dan Fattah Okay,” – Fazura

Share

Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura menjelaskan dia tidak tahu menahu mengenai kontroversi rumah tangganya bersama aktor Fattah Amin yang menjadi sorotan di media sosial kebelakangan ini.

Menurut Fazura, 40, susulan khabar angin yang bertebaran, ada kenalannya yang bertanya mengenai apa yang berlaku.

“Sebenarnya saya tidak tahu hujung pangkalnya daripada mana. Malah, kenalan tiba-tiba kawan-kawan saya menghantar mesej kepada saya bertanya  mengenai keadaan kami.

“Cuma mungkin daripada belah peminat, ada di kalangan mereka yang mengambil berat susulan sudah lama tidak nampak kami berkongsi gambar bersama, beri tanda suka kepada hantaran dan sebagainya.

“Cuma secara jujurnya, memang saya terhadkan posting tersebut di media sosial bagi menghormati  isu berkenaan Palestin. Saya terkesan dengan apa yang terjadi di sana. Ramai di antara mereka yang kehilangan orang yang tersayang.

“Jadi saya merasakan ketika ini bukan masa yang betul untuk rasa menunjukkan kemesraan keluarga buat masa sekarang,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Merdeka Prospec KPM x Fazura di Hotel Westin, Kuala Lumpur.

Pelakon Lelaki Itu menambah, dia mempunyai satu akaun media sosial lain yang khas dan ‘private’ untuk berkongsi kehidupan peribadi mereka.

“Kami ada akaun peribadi, @fattzuralovelive. Selama ini ia publik tetapi kita sudah ‘privatekan’. Jadi siapa yang sudah mengikutinya sahaja yang boleh melihat hantaran kami.

“Jadi sekiranya ada apa-apa spekulasi, ia tidak betul. Saya dan Fattah okay. Cuma dia pun sibuk. Keluar pagi dan malam balik. Misalnya sebelum ini dia ada komitmen penggambaran selama seminggu di Port Dickson, 

balik rumah sehari dan kemudian ke Johor pula.

“Masing-masing sibuk. Jadi untuk nak ambil masa mahu tiba-tiba tunjukkan kemesraan demi memuaskan hati semua pihak… saya tidak rasa perlu untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

Terdahulu, heboh segelintir peminat mendakwa hubungan Fazura dan Fattah kini sedang dilanda badai.

Semuanya berpunca apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka (likes) menerusi media sosial masing-masing.

Malah, kisah rumah tangga mereka itu juga dibincangkan di sebuah laman sembang yang masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai situasi semasa rumah tangga pasangan tersebut.

Ada juga yang mempertahankan pasangan artis itu dengan mengatakan mereka tidak perlu untuk terlalu mempamerkan kebahagiaan di platform media sosial.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH