Pelakon Fasha Sandha sebak seterusnya menitiskan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin.
Fasha memberitahu, apa yang dilalui mereka adalah dugaan dan dia turut mengenang kembali jasa Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
“Saya dan Fazura saling mengenali sejak usia saya 17 tahun sementara Fattah pula kawan dengan Aidil. Dua-dua sahabat selebriti saya dan sudah tentu saya rapat dengan Fazura. Bagi saya keduanya datang daripada keluarga yang baik-baik.
“Jadi kita sebagai orang luar, tidak boleh hakimi sebenarnya mengenai apa yang berlaku sebab hanya mereka yang tahu hal sebenar. Apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan yang baik baik. Sebab doa yang baik itu pasti akan berbalik kepada kita juga.
“Tidak perlu juga buat kronologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah kedukaan pada hati Fattah dan Fazura,” katanya.
Malah Fasha ketika ditemui pada acara Zumba With Abby Abadi dan pelancaran produk terbaharu Inayah Beauty iaitu Honey Lemon, semalam turut imbas jasa baik Fazura ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini selepas berpisah dengan suami pertama.
“Saya kenang budi Fazura ketika saya menjadi ibu tunggal dulu. Dia tidak pernah lupa untuk hadiahkan saya baju raya setiap tahun. Tiga tahun saya menjadi ibu tunggal dan dia bagi saya baju raya yang sangat banyak, lebih 20 pasang.
“Dia hargai saya sebagai ibu tunggal sebelum ini dan saya akan kenang budi baiknya sampai bila-bila. Begitu juga setiap kali dia buat rumah terbuka, tak pernah dia lupakan saya,” katanya lagi.
Ads
Berkongsi mengenai isu hangat yang membabitkan pasangan itu, Fasha akui dia dan suami yang juga pelakon, Aidil Aziz tidak pernah bercerita mengenai kemelut rumah tangga rakan artis lain kecuali isu Fazura dan Fattah.
“Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami macam sedikit emosi memandangkan Aidil pun tak suka bersembang mengenai orang lain.
“Saya tersentuh bila ingat dia pernah bagi baju raya tu, saya ingat jasa baiknya. Saya sifatkan ini dugaan mereka sekeluarga. Cuma saya doakan yang terbaik untuk mereka sebab keduanya ada anak dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.
Pernah berdepan kegagalam rumah tangga, Fasha turut memahami keputusan yang dibuat Fazura apabila nekad menuntut perceraian.
Ads
“Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka. Sebagai sahabat sudah pasti tidak mahu melihat dia di fasa yang tak seronok, namun hanya Fazura tahu apa yang dia lalui.
“Kenapa dia minta cerai, hanya dia yang tahu. Sebab saya percaya wanita ini ada akan hadnya. Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Saya pernah failkan perceraian terhadap bekas suami iaitu Jejai.
“Jadi saya faham situasi yang sedang dilaluinya. Kita biarkan mereka untuk buat keputusan sendiri dan kita hanya mendoakan yang baik-baik.
“Kita juga tak tahu, mungkin dugaan yang mereka hadapi ketika ini akan membuatkan hubungan mereka lebih baik pada masa akan datang.
Ads
“Sebagai seorang yang pernah lalui kegagalan dalam perkahwinan, saya sentiasa pandang perkara dalam sudut yang positif. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya,” katanya.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fattah dan Fazura yang sebelum ini sinonim disebut sebagai ‘FattZura’ mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
@mediahiburanofficial Fasha Sandha hanya meminta ramai mendoakan yang baik-baik terhadap apa yang dilalui oleh rakan artisnya, Fazura dan Fattah. Tiba-tiba sebak lalu menitiskan air mata, aktres versatil ini turut imbas balik jasa baik Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ Very Sad – Enchan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru berusia setahun empat bulan, namun kondisi kesihatan adik Shahir Shamin Shuhardi cukup menyayat hati bagi yang melihat.
Menderita akibat saluran jantung terkalih, usus tersumbat dan masalah saluran pernafasan sempit, ia secara langsung menyebabkan pelakon Mawar Rashid terpanggil untuk tubuhkan dana sumbangan laman Instagram bagi membantu keluarga ini.
Pelakon TQ Captain ini turut berkongsi beberapa barangan keperluan asas bayi ini dan turut memaklumkan akan berkunjung ke Kulim, Kedah bagi melihat sendiri penderitaannya.
“Assalamualaikum semua followers yang disayangi. Hati Mawar luluh bila tengok si comel dan keluarga ni mendapat ujian macam ni. Mawar nampak post ni kat FB semalam.
“Terus Mawar pasang niat nak pergi ke tempat diorang kat kulim, Kedah and nak hulurkan bantuan semampu Mawar.
"Tadi Mawar baru je call ibu kepada baby comel ni, nanti beliau akan hantar list keperluan baby ni.. ada yang nak hulurkan bantuan jugak ke kat baby comel ni? jom kita sama2 bantu,” tulisnya pada satu entri video.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on Jan 11, 2020 at 10:18pm PST
Sementara itu, ibu kepada seorang anak ini turut memohon sumbangan sekurang-kurangnya RM1.00 bagi mengurangkan beban yang ditanggung keluarga ini.
“Mawar dah dapat reply daripada ibu baby comel ni. Ni antara barang2 keperluan baby comel ni.
“Mawar plan macam ni, Mawar akan collect derma dari you all. Pastu nanti Mawar akan update kat IG Mawar berapa kutipan yang you all semua dah bankin untuk baby comel ni.
“So Mawar boleh gi beli barang2 keperluan baby ni, termasuklah penapis air untuk baby lepas tu hantar. Jom kita sama2 tolong baby comel ni.
“Terima kasih semua. Walaupun RM1 pun akan membantu keluarga mereka. Semoga murah rezeki dunia akhirat semua
“Ni number account okay. CIMB Wan Arfan Rusyaidi 7063176312,” maklum Mawar.
Ditemui pada majlis Malam Gala Tayangan Filem Pusaka baru-baru ini, kelibat salah seorang pelakonnya, Sweet Qismina mencuri perhatian apabila muncul dengan imej rambut rona jingga kemerah-merahan.
Tiada lagi rambut hitam berkilat paras lepas bahunya yang dipuji ramai pihak sebagaimana yang sering dilihat sebelum ini.
Ditanya mengenai penampilan terkininya itu, pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi ini menjelaskan, rambut hitam berkilat diwarnakan adalah sekadar memenuhi tuntutan watak drama terkini lakonannya, Titian Takdir.
“Sebenarnya saya risau juga dengan pendapat netizen kerana mereka suka membuat kecaman andai melihat warna rambut ketika ini.
“Namun saya telah menjelaskan di Instagram bahawa tidak lama dulu bahasa ia ia adalah atas komitmen watak terbaru dan lega bila ada yang faham serta dapat menerimanya.
“Jujurnya saya sendiri kurang selesa membawa imej sebegini, akan tetapi atas kehendak watak saya cuba untuk bawa ia sebaik mungkin,” jelas Sweet Qismina yang tidak mahu isu ini terusan menjadi pertanyaan ramai.
Terdahulu, Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober depan!
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah, Ustazah Asma Harun mendoakan Fathia Latiff terus istiqamah, terus kuat dan tabah seterusnya menjadi wanita solelah.
Harapan tersebut diberikan ustazah berkenaan selepas mendapatipelakon dan penyanyi tersebut turut hadir ke ceramahnya, baru-baru ini.
“SubhanAllah, @fatiyalatiff ke ni.. ustazah dah perasan tadi, macam pernah tengok..maaf sangat dik lama menunggu, terima kasih sudi hadir ceramah dan datang galeri ya”
“Sejam lebih fathiya dan kawan²nya sabar menanti saya selesaikan beberapa urusan usai ceramah.
“Ustazah, doakan saya ya, jadi orang baik, terima kasih banyak² atas ilmu ustazah, rasa teruja sangat dan tak sangka dapat jumpa ustazah. Rasa nak peluk² je”, tak semena² kami sama² mengalirkan air mata.
“Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh…”
“Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik², kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh, terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa fathiya..”
Kami teruskan perbualan sambil saya menuliskan autograf, fathiya ada hadiahkan tudung daripada jenamanya. Semoga lebih ramai wanita menutup aurat dengan baik,” tulisnya.
Asma pada masa sama turut mengalu-alukan kehadiran rakan selebriti demi merapatkan ukhwah.
“SubhanAllah, saya sangat mengalu²kan kehadiran rakan artis sekalian, saya nak berkawan dan berkenalan, siapapun anda, bagaimanapun penampilan anda, janganlah segan dan malu dengan saya.. Saya baik je, nampak je macam tegas garang, tapi ok je sebenarnya.. done claim.
“Jemputlah datang ke galeri kami di senawang, N9, insyaAllah pejabat saya ada di bahagian atas, ada rezeki dapatlah kita jumpa. Boleh kita saling tolong menolong di dunia, lagi² kita nak tolong menolong di Akhirat sana.
“Kalau bukan artis ustazah nak jumpa ke, subhanAllah.. Saya jumpa dan raikan semua orang, sedaya upaya saya cuba. Cuma mungkin kadang² masa tak mengizinkan. Ada rezeki saya suka bina ukhuwah,” tulisnya panjang lebar.
Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo, Kim Raymond difahamkan kini sudah memeluk agama Islam pada 24 Oktober lalu di Markaz Al Khadeem, Petaling Jaya.Dalam...