Pelakon Fasha Sandha sebak seterusnya menitiskan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin.
Fasha memberitahu, apa yang dilalui mereka adalah dugaan dan dia turut mengenang kembali jasa Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
“Saya dan Fazura saling mengenali sejak usia saya 17 tahun sementara Fattah pula kawan dengan Aidil. Dua-dua sahabat selebriti saya dan sudah tentu saya rapat dengan Fazura. Bagi saya keduanya datang daripada keluarga yang baik-baik.
“Jadi kita sebagai orang luar, tidak boleh hakimi sebenarnya mengenai apa yang berlaku sebab hanya mereka yang tahu hal sebenar. Apa yang boleh kita lakukan adalah mendoakan yang baik baik. Sebab doa yang baik itu pasti akan berbalik kepada kita juga.
“Tidak perlu juga buat kronologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah kedukaan pada hati Fattah dan Fazura,” katanya.
Malah Fasha ketika ditemui pada acara Zumba With Abby Abadi dan pelancaran produk terbaharu Inayah Beauty iaitu Honey Lemon, semalam turut imbas jasa baik Fazura ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini selepas berpisah dengan suami pertama.
“Saya kenang budi Fazura ketika saya menjadi ibu tunggal dulu. Dia tidak pernah lupa untuk hadiahkan saya baju raya setiap tahun. Tiga tahun saya menjadi ibu tunggal dan dia bagi saya baju raya yang sangat banyak, lebih 20 pasang.
“Dia hargai saya sebagai ibu tunggal sebelum ini dan saya akan kenang budi baiknya sampai bila-bila. Begitu juga setiap kali dia buat rumah terbuka, tak pernah dia lupakan saya,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai isu hangat yang membabitkan pasangan itu, Fasha akui dia dan suami yang juga pelakon, Aidil Aziz tidak pernah bercerita mengenai kemelut rumah tangga rakan artis lain kecuali isu Fazura dan Fattah.
“Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami macam sedikit emosi memandangkan Aidil pun tak suka bersembang mengenai orang lain.
“Saya tersentuh bila ingat dia pernah bagi baju raya tu, saya ingat jasa baiknya. Saya sifatkan ini dugaan mereka sekeluarga. Cuma saya doakan yang terbaik untuk mereka sebab keduanya ada anak dan keluarga masing-masing,” katanya lagi.
Pernah berdepan kegagalam rumah tangga, Fasha turut memahami keputusan yang dibuat Fazura apabila nekad menuntut perceraian.
“Saya mendoakan yang baik-baik buat mereka. Sebagai sahabat sudah pasti tidak mahu melihat dia di fasa yang tak seronok, namun hanya Fazura tahu apa yang dia lalui.
“Kenapa dia minta cerai, hanya dia yang tahu. Sebab saya percaya wanita ini ada akan hadnya. Saya juga pernah melalui kegagalan dalam perkahwinan. Saya pernah failkan perceraian terhadap bekas suami iaitu Jejai.
“Jadi saya faham situasi yang sedang dilaluinya. Kita biarkan mereka untuk buat keputusan sendiri dan kita hanya mendoakan yang baik-baik.
“Kita juga tak tahu, mungkin dugaan yang mereka hadapi ketika ini akan membuatkan hubungan mereka lebih baik pada masa akan datang.
“Sebagai seorang yang pernah lalui kegagalan dalam perkahwinan, saya sentiasa pandang perkara dalam sudut yang positif. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebabnya,” katanya.
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Fattah dan Fazura yang sebelum ini sinonim disebut sebagai ‘FattZura’ mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
@mediahiburanofficial Fasha Sandha hanya meminta ramai mendoakan yang baik-baik terhadap apa yang dilalui oleh rakan artisnya, Fazura dan Fattah. Tiba-tiba sebak lalu menitiskan air mata, aktres versatil ini turut imbas balik jasa baik Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Very Sad – Enchan