Aktres Fasha Sandha meluahkan rasa terkilan selepas ditegur oleh seorang pramugari ketika menaiki penerbangan kelas ekonomi bersama keluarganya.

Menurut Fasha, insiden tersebut diharap tidak akan berulang dan boleh dijadikan pengajaran buat semua petugas penerbangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat saya dan keluarga. Semoga pramugari yang tersalah tutur kata itu, belajar atas kesilapannya.

“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat pramugari lain juga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Sukar Untuk Lupakan

Walaupun insiden itu mengguris hati, Fasha bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarganya telah memaafkan pramugari tersebut.

Ads

Namun, peristiwa itu tetap menjadi satu kenangan yang sukar dipadamkan.

“Saya Dan Keluarga Memaafkan Wanita Tersebut, Tapi Mungkin Kami Tak Akan Melupakan,” – Fasha Sandha

“Walau bagaimanapun, saya dan keluarga telah memaafkan wanita tersebut tapi mungkin kami tidak akan melupakan.

“Ni kenangan kami apabila sampai di Alor Setar dan dah nak waktu berbuka.

Ads

“Kami makan kejap sementara menunggu grab sampai. Biarlah ada yang menghina dan biar ada yang mencerca.

“Kami akan tetap hidup cara kami. Cara yang sederhana. Sederhana itu indah,” jelasnya lagi.

Ramai Bersimpati

Terdahulu, insiden itu tular selepas Fasha mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mempersoalkan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.

Ads

“Saya Dan Keluarga Memaafkan Wanita Tersebut, Tapi Mungkin Kami Tak Akan Melupakan,” – Fasha Sandha

Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat selain mengamalkan gaya hidup sederhana.

Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.

Lalu, perkongsian pelakon Malang Si Puteri ini mengundang reaksi pelbagai pihak dan ada yang turut menyuarakan sokongan terhadap Fasha dan memuji pendiriannya yang memilih untuk kekal hidup secara sederhana meskipun bergelar selebriti terkenal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI