Model dan hos, Nia Atasha Rosli akhirnya mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon, Qi Razali telah berakhir awal tahun ini.
Bagaimanapun memetik Gempak, Nia memaklumkan dia dan Qi masih meneruskan huhungan sebagai rakan baik.
“Saya dan Qi tidak lagi bercinta sejak awal tahun ini, tetapi, apa yang boleh saya katakan, kami berdua okay sahaja dengan keputusan yang dibuat.
“Lagipun, saya dan Qi masih mengekalkan persahabatan kami sebagai rakan baik sehingga kini,” katanya seperti dipetik.
Pada masa sama, Nia menjelaskan, dia lebih selesa untuk tidak menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum, khasnya di media sosial.
“Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang, saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini,” jelasnya lagi.
Nia dan Qi sebelum ini secara terbuka mendedahkan mengenai hubungan rapat yang terjalin kira-kira sejak tiga tahun lalu.
Sumber: Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Kamu Tak Akan Bahagia…,”- Desta Mohon Cerai Terhadap Natasha Rizki, Netizen Dakwa Gege Elisha Jadi Orang Ketiga?
Ketika ini, industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan perkhabaran melibatkan pengacara dan pelawak terkenal, Desta yang dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya yang juga merupakan pelakon, Natasha Rizki.
Memetik laporan Insert Live, permohonan cerai tersebut telah disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam, Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Taslimah.
“Untuk penama tersebut (Desta), memang benar permohonan cerai telah didaftarkan ke Panitia Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
“Jenis permohonan talak yang diajukan pemohon kepada Pengadilan Agama Jakarta Selatan adalah untuk mendapatkan izin bercerai. Permohonan cerai telah dilakukan secara e-court pada 11 Mei lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, dalam permohonan tersebut, Desta hanya ingin berpisah dengan Natasha dan tidak membuat sebarang tuntutan terhadap hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian.
Prosiding permohonan cerai Desta dan Natasha dijadualkan bakal berlangsung pada 29 Mei ini.
Sementara itu, menerusi sebuah lagi artikel terbitan, Insert Live, netizen Indonesia mendakwa pelakon dan pempengaruh, Gege Elisa menjadi punca keretakkan rumah tangga diantara Desta dan Natasha.
Malah, menerusi tinjauan MH di akaun Instagram Gege, rata-rata netizen menzahirkan rasa berang selain turut berharap agar perkara tersebut hanyalah khabar angin semata-mata.
“Dulu, lihat dia cantik tapi selepas tahu berselingkuh dengan Desta, memang tak nampak cantik lagi. Bertaubatlah sebelum menyesal. Dunia hanya sementara.
“Kalau berita ini salah dan jatuh finah, semoga darjat kamu diangkat oleh yang di atas. Tapi kalau benar kamu jadi orang ketiga, semoga kamu tak pernah bahagia sampai bila-bila.
“Sanggup betul kamu? Anak mereka dah tiga. Cubalah berfikir lagi.
“Saya ke sini gara-gara berita di Tik Tok. Semoga hal ini tidak benar dan hanya berita palsu.
“Kalau betul, tolonglah jangan ganggu Desta dan keluarganya,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Desta dan Nata telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 April 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Insert Live & Instagram Desta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Balaci? Mak Aku Tak Ajar Aku? Cantik Syafiq Amzah,” – Pengurus Shila Amzah Buat Pendedahan Mengejutkan
Sejak semalam, konflik melibatkan keluarga penyanyi, Shila Amzah menjadi isu hangat yang diperkatakan sekaligus tular di media sosial.
Segalanya bermula selepas pendedahan adik kepada Shila yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah yang didakwa terkilan dengan tindakan kakaknya yang mahu menjual rumah keluarga mereka.
Tidak berhenti di situ, adik lelaki Shila, Amirul Syafiq turut tampil membuat video pendedahan di media sosial bagi meluahkan kekecewaan terhadap tindakan kakaknya itu.
Bagaimanapun, pendedahkan yang dibuat Syafiq telah mengundang kemarahan pengurus Shila, Aini Shuhaidah selepas Syafiq didakwa melabelkan dirinya sebagai balaci.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Aini turut mendedahkan Syafiq telah bertindak melampau dengan memetik nama ibunya di dalam isu yang berlaku.
“Aku balaci? Mak aku tak ajar aku? Cantik Syafiq Amzah,” luahnya berang.
Sementara itu, Aini turut memaklumkan dirinya telah datang ke rumah keluarga Shila untuk bersemuka dengan Syafiq namun dia dikatakan tidak keluar rumah.
“Aku pun tak puas hati dengan kau Syafiq Amzah. Balaci ni ajak kau jumpa, kau duduk je dalam rumah. Takpulak nak keluar.
“Aku diam dari awal sampailah Datin Fauziah aka Mak kau petik nama mak aku dulu. Panggil aku anak tak berguna. Kau pun blah semalam takde pula tunggu sampai benda settle.
“Kata gangster, paling tinggi kau boleh buat whatsapp aku dari dalam rumah. Lepastu block aku,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Aini akui terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh keluarga Shila meskipun mengenali diantara satu sama lain sejak lebih sedekad yang lalu.
“Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua ada kat tangan aku. Aku selama ni sabar je dengan perangai sorang-sorang. Macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat.
“Aku diam je tak kacau hidup korang. Kau sedap panggil aku balaci. Sabar dan respect aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aini Shuhaidah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cinta Hati Daddy Dan Ibu Selamat Dilahirkan…,” – Ernie Zakri & Syamel Timang Bayi Perempuan, Tahniah!
Penyanyi Ernie Zakri memaklumkan dirinya selamat bersalin anak sulung kira-kira jam 10.14 pagi tadi.
Ernie berkongsikan berita gembira itu menerusi perkongsian terkini yang dimuat naik di Instgram, sebentar tadi.
Sambil menyatakan rasa syukur, penyanyi lagu Gundah ini turut meminta ramai mendoakan kesihatan buat diri serta bayi perempuan yang baru dilahirkan.
“Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi.
“Doakan kesihatan kami berdua,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang dibanjiri dengan pelbagai komen baik-baik serta dia dari rakan artis dan peminat.
Sementara itu, suami Ernie, Syamel turut memuat naik perkara sama di Instagram.
“Syukur Alhamdulillah, Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” tulis Syamel.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI