Model dan hos, Nia Atasha Rosli akhirnya mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon, Qi Razali telah berakhir awal tahun ini.
Bagaimanapun memetik Gempak, Nia memaklumkan dia dan Qi masih meneruskan huhungan sebagai rakan baik.
“Saya dan Qi tidak lagi bercinta sejak awal tahun ini, tetapi, apa yang boleh saya katakan, kami berdua okay sahaja dengan keputusan yang dibuat.
“Lagipun, saya dan Qi masih mengekalkan persahabatan kami sebagai rakan baik sehingga kini,” katanya seperti dipetik.
Pada masa sama, Nia menjelaskan, dia lebih selesa untuk tidak menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum, khasnya di media sosial.
“Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang, saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini,” jelasnya lagi.
Nia dan Qi sebelum ini secara terbuka mendedahkan mengenai hubungan rapat yang terjalin kira-kira sejak tiga tahun lalu.
Sumber: Gempak