Bekas isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui hubungan antaranya dan bekas suami berada dalam keadaan baik walaupun kini mereka sudah membawa jaluan masing-masing.
Malah menurut Ira, masing-masing tidak menyimpan dendam.
“Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh.
“Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,”katanya, lapor Harian Metro.
Ira menambah, keputusan untuk tidak bermusuhan adalah jalan terbaik buat mereka, terutamanya dalam memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing.
“Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang.
“Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami,” katanya.
Dalam masa sama, Ira memberitahu, dia kini sibuk memberi fokus kepada karier seni termasuk single duet bersama Alan D berjudul Tak Kisah.
“Saya mahu teruskan hidup dan fokus kepada kerjaya. Banyak perkara positif yang saya nantikan.
“Apa yang penting, kita semua belajar daripada pengalaman dan terus bergerak ke depan. Saya doakan yang terbaik untuk Syamsul, dan saya pasti dia juga mendoakan yang sama untuk saya,” katanya.
Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib mengesahkan perkara itu selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu sekali gus jatuh talak satu.
Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI