Pelakon Abby Abadi berharap agar pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura masih mampu mempertahankan rumah tangga mereka susulan isu hangat yang berlaku.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia sedih sehingga mengalirkan air mata apabila membaca berita mengenai kes membabitkan rumah tangga pasangan tersebut.
“Adik-adikku Fattah Amin dan Fazura, tolonglah. Kalau rasa kita yang paling tersakiti saat ini, ada yang lebih sakit di luar sana. Kecil sangat ujian ini, pertahankanlah.
“Saya dari pagi, sekejap-sekejap menangis baca berita korang. Saya sedih sangat. Jangan lah.
“Kita manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan. Perbaikilah, jangan berpisah, jangan,” luahnya.
Ads
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik bersama sepotong video Fattah bersama Fazura di Insta Stories miliknya.
Dalam pada itu, Abby berkata, biarpun hubungannya dengan pasangan selebriti itu hanyalah sekadar rakan industri, namun perasaannya sayu.
Ads
“Bukan sahabat pun, hanya kenal sebab teman artis. Tapi dia punya sayu hati Allah sahaja yang tahu.
“Nampak serasi sangat, kalau ada kesilapan di mana-mana, mengalahlah. Kita manusia, tiada yang sempurna,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fattah tidak melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Ads
Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya itu biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan umrah di Mekah, Pencetus Ummah (PU) Abu merasakan dirinya bagaikan tidak putus-putus dikurniakan rezeki dariNya.
Kongsi Abu, meski tidak mempunyai jumlah wang yang besar, namun dia bersyukur kerana berkesempatan diberikan rezeki menunaikan umrah beberapa kali.
“Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki buat aku untuk kerjakan umrah beberapa kali meskipun tak kaya dan kalau ikut pada kemampuan memang tak mampu namun Allah rezekikan juga.
“Kita harus faham satu benda rezeki itu tak mengenal kekayaan,pekerjaan,keturunan dan apa pun i tak kenal kerana kalau dah ditentukan oleh Allah maka takde siapa mampu halang.
“Kalau teringin sangat nak pergi Umrah,hari2 jgn putus doa sebab orang yang berkehendak dengan kehendak yg sungguh2 pasti Allah tunjuk jalan,” tulisnya.
Malah, Abu turut menyimpan impian untuk menghembuskan nafas terakhir di Madinah.
“Aku dah pun menjejakkan kaki ke sini,next impian aku adalah nak mati di bumi madinah.
“Jadi aku tak boleh putus doa untuk Allah tarik nyawa aku di bumi madinah.Tolong doakan juga ye.Moga Allah pilih korang juga untuk jadi tetamu dia,” doa Abu.
Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Naim Daniel akhirnya menjawab kekeliruan ramai mengenai pertalian darahnya bersama pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey.
Menurut Naim, mereka bukanlah adik-beradik tetapi hanya rupa paras sahaja yang hampir mirip sama.
“Kalau Abang Fad tengok video ni, suka saya nak katakan sebenarnya kami adik-beradik lain mak.
“Mungkin muka kami seiras, saya cute dan Abang Fad handsome. Kami bukan adik beradik kandung tapi kami memang rapat.
“Tetapi dia tidak menafikan dia merupakan abang yang baik,” katanya secara seloroh memberi penjelasan.
Sebelum ini, ada segelintir peminat yang mendakwa bintang itu rupanya adik kepada pelawak dan hos terkenal itu.
Dalam perkembangan lain, Naim menjelaskan dia mahu berehat seketika daripada dunia lakonan dan memberi sepenuh perhatian pada nyanyiannya.
“Selepas drama Pia memang saya rasa nak berehat seketika, bagi penonton move on dulu.
“Pada masa sama, saya nak fokus pada muzik dan sebolehnya mahu kembang sayap kearah lebih besar lagi.
“Untuk lakonan pula, saya dah bermula berlakon sejak usia 8 tahun dan kini usia saya 22 tahun.
“Saya tak rasa sudah lama dalam industri cuma mungkin saya nak belajar benda lain pula selepas ini,” jelasnya lagi.
Usahawan yang juga ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukur iaitu Rozita Ibrahim memaklumkan dia tidak sabar meraikan kedatangan Syawal tahun ini di tanah air selepas mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Malah menurutnya lagi, dia kini menjadi individu paling tua dalam keluarga selepas ibunya telah pergi mengadap Illahi.
“Kita manusia akhir zaman, manusia yang rosak agamanya. Kita memasuki dunia yang penuh fitnah. Berhati-hatilah dalam apa juga perbuatan, “jagalah agama & maruah”.
“Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik, yang menyayangi agama, keluarga. Jadilah manusia yang takut mengecewakan Tuhan, Nabi & Agama.
“Kedamaian keluarga yang rukun itu adalah lebih baik dari segalanya. Nenek Ami kasihkan kamu kerana agama ..!! (anak Kri panggil saya Nenek Ami).
“Saya nak balik dah ni, InsyaAllah pertama kali raya tak ada Mak. Saya lah ganti arwah Mak, saya paling tua sekarang dalam keluarga kami. Saya nak sambut raya kat Malaysia dengan anak cucu,” jelasnya.
Rozita yang sinonim disapa Bonda Rozita memuat naik perkara itu di dalam satu hantaran terkininya di Instagram.
Pada masa sama, Rozita turut memohon maaf atas khilasnya seisi keluarga.
“Hati ni sangat rindu kat rumah hutan juga. Ya Allah berkati negara kami, aman dijauhkan musibah, suburkan rezeki rakyat Malaysia semuanya dengan rukun & damai.
“Sekali lagi saya minta dimaafkan kekurangan, khilaf bonda pada anda semua yang kenal saya ya. Ramdhan malam 29 ni kita mengharapkan lailatul qadar.
“Saya sudah sampaikan semua infak anda semua ” semoga gandaan pahala anda dapat dibumi yang penuh keberkahan,” tulisnya lagi.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...