Pelakon Abby Abadi berharap agar pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura masih mampu mempertahankan rumah tangga mereka susulan isu hangat yang berlaku.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia sedih sehingga mengalirkan air mata apabila membaca berita mengenai kes membabitkan rumah tangga pasangan tersebut.
“Adik-adikku Fattah Amin dan Fazura, tolonglah. Kalau rasa kita yang paling tersakiti saat ini, ada yang lebih sakit di luar sana. Kecil sangat ujian ini, pertahankanlah.
“Saya dari pagi, sekejap-sekejap menangis baca berita korang. Saya sedih sangat. Jangan lah.
“Kita manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan. Perbaikilah, jangan berpisah, jangan,” luahnya.
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik bersama sepotong video Fattah bersama Fazura di Insta Stories miliknya.
Dalam pada itu, Abby berkata, biarpun hubungannya dengan pasangan selebriti itu hanyalah sekadar rakan industri, namun perasaannya sayu.
“Bukan sahabat pun, hanya kenal sebab teman artis. Tapi dia punya sayu hati Allah sahaja yang tahu.
“Nampak serasi sangat, kalau ada kesilapan di mana-mana, mengalahlah. Kita manusia, tiada yang sempurna,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fattah tidak melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya itu biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ikmal Amry mengakui dia banyak meminta pandangan serta tunjuk ajar daripada rakan pelakon, Alif Satar dalam hal berkaitan keibu bapaan.
Menurut Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 27, dia melihat Alif sebagai contoh memandangan bintang tersebut juga bergelar bapa dalam usia yang masih muda.
“Saya banyak menerima nasihat serta panduan daripada Alif Satar. Kami sekarang sama-sama terlibat di dalam filem Pulau di Langkawi dan sejak itu kami mulai rapat.
“Saya kerap bertanya apa sahaja mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa. Dia sendiri menjadi ayah pada usia yang muda.
“Malah umurnya sekarang 31 tahun dan kini sudah mempunyai tiga cahaya mata. Saya banyak dapat ilmu seterusnya mendengar pengalamannya Alif sendiri.
“Kebetulan, doktor yang bakal menyambut kelahiran anak sulung kami pun sama dengan doktor yang menguruskan proses bersalin isteri Alif,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya dan isteri, Najla Shamsul dalam menantikan ahli baru dalam keluarga, Ikmal menjelasan perasaan yang timbul bercampaur-baur.
“Kami sama-sama teruja tetapi pada masa sama rasa berdebar menantikan kelahiran anak pertama. Kalau nak diikutkan, Najla sudah sarat dan hanya menanti masa untuk bersalin. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.
“Sebaik selesai penggambaran Pulau, saya buat keputusan untuk kembali ke ibu kota untuk menemani isteri memandangkan dia jangka bersalin pada 25 Disember nanti, Insya-Allah,” katanya
Ikmal dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 19 Disember lalu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Eina Azman kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah bersama keluarga.
Lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi foto-foto indah di laman Instagram miliknya.
Ulas Eina, turut sama jemaah lain ialah suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, anak kembar, keluarga dan juga pembantu rumah.
“Assalamuailakum… alhamdullilah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, abu, mummy, kakak, anak2 dan bibik mega utk menunaikan ibadah umrah, dah lama sangat nak pergi ke umrah.
“Alhamdullilah harini dapat pergi bawa mummy n abu eina, doakan kan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” tulisnya.
“Persiapan sudah pun 60 peratus kita dah lakukan.” Itu kata penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein apabila ditanya mengenai persiapan kahwinnya yang dijadualkan bakal berlangsung 18 Januari depan.
Katanya kepada MH, bakal suami, Mohamad Azlan juga turut sama membantu menguruskan hal persiapan untuk bergelar raja sehari.
“Mana yang penting kita persiapkan dahulu, malah di belah pihak lelaki (Kelantan) pun persiapan sedang berjalan. Cikgu yang selesaikan. So Sweet,” jelasnya.
Ditanya mengenai sebab memilih tarikh tersebut sebagai pengikat jodoh di antara mereka, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini menjelaskan, merakamkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.
“Kalau boleh kita tak mahu lengahkan. Bakal suami pun tak nak lama. Misalnya 17 Disember hari jadi saya dan kita bertunang sebulan sahaja.
“Kalau nak diikutkan, kahwin bulan tiga tahun depan. Akan tetapi Allah permudahkan menjadi lebih cepat.
“Lalu pada 17 Januari kita buat malam berinai tema Cik Siti Wan Kembang dan ketika itulah saya akan perkenalkan bakal suami, insyaAllah,” kata pelakon Kampung People ini lagi.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan 17 Disember lalu di World Trade Centre Kuala Lumpur dengan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri dari ahli keluarga kedua belah pihak termasuk rakan media.
Pasangan ini saling berkenalan lebih setahun lalu. Saksikan temu bual penuhnya di sini;
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Chef selebriti, Anis Nabilah menggesa rakyat Malaysia untuk tidak memberikan perhatian terhadap kenyataan chef Indonesia, Stefani Harison yang mengatakan rasa nasi kandar di negara ini berpasir dan tidak asli.