Susulan klip video promosi drama terbaharunya yang dimuat naik di Instagram mencetuskan sensasi di media sosial baru-baru ini, pelakon Zul Ariffin tampil memohon maaf atas insiden yang berlaku.
Menurut Zul, dia mengambil kira dengan maklum balas semua pihak sekaligus akan lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan di media sosial bagi mengelakkan kontroversi sama berulang.
“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.
Ads
“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya.
Ads
Kenyataan tersebut disampaikan Zul menerusi satu kemaskini di Insta Stories, hari ini
Terdahulu, posting berkenaan yang turut membabitkan seorang pelakon wanita dihujani reaksi pelbagai kerana mempunyai babak yang disifatkan kurang bersesuaian.
Ads
Bagaimanapun, klip tersebut sudah pun dipadamkan dari akaun media sosial aktor sasa itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki kedua.
Perkara itu dikongsikan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal bayi menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Dalam video yang dikongsi itu, tetamu dilihat bersorak gembira dan teruja apabila Emma memberitahu dia bakal menimang seorang lagi anak lelaki.
Sebelum itu, Emma dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar memecahkan belon berwarna hitam yang kemudiannya memaparkan kertas kecil berwarna biru menandakan jantina bayi lelaki.
Bagaimanapun video tersebut dirakam dalam keadaan kelam kabut dan huru hara kerana adik Emma iaitu Chacha Maembong merakamnya dalam keadaan terlalu teruja bakal menyambut anak buah lelaki yang baharu.
“Pengajaran untuk diri sendiri jangan percaya adik sendiri untuk ambil video,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Majlis pengumuman jantina itu turut dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan berkenaan.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon Lisdawati, bintang ini ada memohon maaf secara terbuka bersama pengikutnya.
Pelakon berusia 41 tahun ini memaklumkan dirinya teringat beberapa peristiwa yang terjadi dalam hidupnya lalu yang pernah menimbulkan salah faham.
“Salam Subuh semua , pagi isnin ni sy minta maaf jika sy pernah buat salah kepada sesiapa sahaja.
“Tak tahu kenapa sy Teringat beberapa peristiwa yg sy rasa Hanya mungkin salah faham atau hasutan org ketiga.
“Segalanya mungkin .. Hanya Allah swt shj yg tahu.. Cukuplah , Ianya kisah silam . Hanya sy simpan jadikan kenangan Hidup yg mengajar sy sikap manusia.
“Terima Kasih keluarga , sahabat yg mengenali dan terus menyokong dan membina semangat. Sy Sedar Hidup tak lama.
Mengambil tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama Anak Sena yang bersiaran di TV3 ketika ini diperkatakan ramai susulan sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu.
Malah, ia secara tidak langsung turut memberikan cerita yang segar kepada penonton.
Kisah seorang guru yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman lalu berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak bangsa menambahkan lagi kekuatan drama yang menjalani penggambaran di Taman Negara, Pahang ini.
Menurut Penerbit dari syarikat penerbitan Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak, gembira atas sambutan yang diterima sekaligus menyifatkan ia ‘tuah’ buat mereka yang berani mempertaruhkan tema yang lain daripada yang lain.
“Memang saya berterima kasih kepada TV3 yang percaya kepada karya Anak Sena memandangkan ia sedikit berbeza daripada tema yang biasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi sekarang dalam musim bulan Kemerdekaan sudah pasti temanya bersesuaian dengan mood ketika ini.
“Paling saya berterima kasih apabila terbaca mengenai komen-komen positif yang ditinggalkan oleh penonton yang suka dengan drama ini.
“Selain itu, ada yang suka dengan tema guru yang terpaksa berpindah ke pedalaman dan ada juga yang rindukan Taman Negara. Apa sahaja yang positif kami hargai,” katanya.
Anak Sena memaparkan kisah Sena yang juga merupakan tok batin daripada suku Bateq yang mahukan perubahan berlaku kepada anak-anak Orang Asli melalui pendidikan.
Namun, pelbagai dugaan terpaksa dihadapinya termasuklah tentangan daripada sekeliling yang masih menganggap pendidikan tidak penting berbanding ilmu hidup di dalam hutan.
Drama yang diterajui Ben Amir sebagai Cikgu Amir, yang turut berhadapan dengan pelbagai konflik dalam mendidik anak bangsa sehinggakan terpaksa melalui pelbagai dugaan demi menyelamatkan anak muridnya untuk terus menghabiskan pelajaran di sekolah.
“Banyak kisah menarik yang digarap melalui drama ini. Pelbagai suka-duka yang tidak pernah diketahui umum divisualkan untuk tontonan semua. Konflik demi konflik yang berlaku memberikan nilai tambah kepada kisah Anak Sena.
“Setidaknya kisah mereka memberikan kita pengajaran berguna. Apa yang kita lihat berbeza dengan apa yang dilalui oleh sebahagian daripada kita,” kata Jaja lagi.
Dalam pada itu, Jaja mendedahkan, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui kru produksi sepanjang penggambaran. Disebabkan lokasi yang sedikit jauh dari Kuantan, sudah pasti mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan sejak awal lagi.
Mengakui produksi kali ini memberikan cabaran berbeza, dia bagaimanapun bersyukur kerana pelakon dan kru yang terlibat tidak berhadapan dengan masalah besar sehingga menyebabkan penggambaran ditanggungkan.
“Ini merupakan sumbangan kecil kami untuk masyarakat dengan memaparkan kisah yang jarang mendapat perhatian. Setidaknya kita boleh memperbanyakkan lagi naskhah sebegini untuk menyemai semangat cintakan negara dan meraikan kepelbagaian.
“Paling menggembirakan apabila ada yang mula belajar banyak perkara tentang suku kaum masyarakat Orang Asli yang jarang didedahkan kepada umum. Itu cukup memberikan kepuasan kepada pengkarya seperti kami,” katanya.
Jaja sebelum ini turut berpengalaman luas dalam bidang penerbitan drama dan travelog.
Anak Sena ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary TV3.
Selain Ben Amir, antara pelakon lain yang turut terlibat ialah Ruzaidi Abdul Rahman, Sasha Abedul, Hadi Putera, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan ramai.
Anak Seni turut membawa Azwan Ali sebagai penampilan istimewa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!