Baru-baru ini, menerusi segmen Suria Petang di Suria FM, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah ada membincangkan topik perasaan hasad dengki sesama adik-beradik bersama pendengar.
Menerusi segmen yang ke udara Khamis lalu itu, Shahirah ada mendedahkan dia tak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya yang juga merupakan pelakon, Sharifah Sakinah.
Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, hubungannya bersama Sakinah lebih daripada seorang adik.
“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kami dua jarak jauh.
“Lagi satu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan dia macam adik pun, masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak.
“Jadi memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walapun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsi Shahirah.
Sekadar informasi, kakak mereka, Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon dan cukup aktif di drama televisyen pada era 90-an.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Selama Ini Warga OKU Sokong Filem Orang Normal, Mengapa Tidak Kali Ini…,” – Bintang Garang Luah Rasa Terkilan, Risau Misi Kumpul Dana Gagal
“Saya sedih apabila majoriti yang menonton filem berkisarkan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini dalam kalangan OKU saja.” Itu kata penerbit Sakti Films Sdn Bhd, Dakshina Muriti mengenai sambutan filem sulung terbitannya, Garang ‘Aku Luar Biasa’ yang menemui penonton seluruh pawagam sejak 5 Disember lalu.
Dakshina berkata, dia berasa terkilan apabila sambutan filem yang diinspirasi daripada kisah benar itu menerima jumlah penonton yang rendah.
“Inisiatif filem ini adalah bagi mencari dana untuk membina sebuah asrama baru untuk pelatih OKU di Bengkel Sampul Surat di Batu Pahat, Johor.
“Bagaimanapun sejak ditayangkan 5 Disember lalu, tidak ramai yang menyokong filem ini sedangkan filem ini mempunyai misi yang besar untuk membantu golongan OKU.
“Malah jalan ceritanya juga cukup menarik apabila ia mengisahkan kisah hidup seorang bekas atlit paralimpik kebangsaan, Izam dalam acara sukan lumba kerusi roda,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pelakon OKU Osman Omar yang kali pertama berlakon filem menyeru sokongan daripada semua pihak terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu mempromosikan filem terbabit.
“Jika selama ini warga OKU menyokong filem orang normal, mengapa tidak kali ini masyarakat Malaysia menunjukkan sokongan kepada filem OKU yang memberi banyak mesej dan pengajaran ini.
“Filem ini bila-bila saja boleh dihentikan tayangan sekiranya tiada sambutan daripada penonton. Jika ia dihentikan maka terbantutlah misi untuk membantu golongan OKU.
“Saya juga mohon sokongan daripada pihak kerajaan untuk membantu filem ini kerana perjalanan yang kami tempuh untuk menyiapkan filem ini bukan mudah,” katanya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta termasuk pembikinan dan pemasaran itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Pablo Amirul, Ahmad Maembong (OKU Fizikal), Osman Omar (OKU Fizikal), John Elijah (OKU Fizikal) dan Chacha Maembong.
Turut sama terlibat di dalam filem berkenaan ialah bintang senior, Wan Hanafi Su, Jalil Hamid, Izam Abdul Hamid (OKU Fizikal) dan Shukur Abd Hamid (OKU Fizikal).
Grang mengisahkan tentang Izam, seorang atlit paralimpik yang banyak mewakili negara dalam acara sukan lumba kerusi roda.
Satu insiden yang berlaku pada Izam telah menimbulkan sengketa antara Jasmin dan Reza sehingga memaksa Jasmin mendapatkan pertolongan dari tiga sahabat lamanya iaitu Kamal, Rashid dan Macha.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah SWT Masih Tidak Izinkan Ainul Sembuh,” – Hanya Pohon Doa Buat Anak Syurganya, Bapa Ini Minta Henti Sumbang Wang
Tular hari ini kisah Ainul Mardhiah, bayi berusia lapan bulan yang mengidap kanser mulut atau Germ Cell Tumor sehingga menarik perhatian para selebriti termasuk Datuk Seri Aliff Syukri.
Terbaru bapanya, Ahmad Safiuddin ada memuat naik kenyataan berhubung keadaan yang melanda anak syurganya.
“Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
“Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat.
“Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi.
“Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya.”
Luahnya, Ainul dilahirkan pramatang ketika kandungan baru berusia 31 minggu. Selepas dilahirkan, nadi bayi kecil ini terhenti, namun Berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan.
“Baik. Ini kisah Ainul.
“Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
“Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
“Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.”
Malah, pada usia 10 hari, dia telah dibedah bagi membuang ketumbuhan di mulutnya.
“Selesai bab itu.
“Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
“Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul!
“Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
“Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.
“Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
“Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.”
Namun, sekali lagi ujian menimpa apabila ketumbuhan keluar buat kali kedua dan kali ini doktor mengesahkan ianya adalah kanser. Doktor menyarankan si kecil ini menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali.
“Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
“Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
“Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengam batu!
“Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
“Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
“Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
“Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
“Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.”
Walau bagaimanapun, melihatkan kesihatan Ainul yang semakin susut, mereka sekeluarga sepakat untuk tidak lagi meneruskan rawatan kimoterapi buatnya.
“Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
“Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan.
“Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
“Kuatkan ainul?
“Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
“Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul.
“Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.”
Bersyukur atas keprihatinan rakyat Malaysia, namun si bapa memohon agar tiada lagi wang sumbangan diberikan kepada mereka sekeluarga. Katanya, hanya doa senjata paling diperlukan ketika ini.
“Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada Ainul.
“Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
“Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
“Begini lah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital.
“Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye.
“Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini.
“Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yang sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih.
“Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah swt sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!”
Ko MH doakan semoga keluarga ini dipermudahkan urusan dan adik Ainul diangkat penyakitnya.
Foto – Facebook Ahmad Safiuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“MasyaAllah, Akankah Kita Tempuh Kemanisan Begini Nanti,” – China Beri Penghormatan Buat ‘Frontliner’, Azhan Rani Tunggu Detik Keramat Buat Malaysia
Suasana sebak dan tangisan mengiringi perjalanan pulang kakitangan barisan hadapan China yang berkorban segalanya demi memastikan China bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda.
Rakyat China dilihat berbaris di tepi jalanraya dan memberikan tunjuk hormat sambil mengalirkan air mata.
Azhan Rani turut tersentuh hati dan memanjatkan doa agar Malaysia turut dapat merasai kemanisan hakikat perjuangan.
Dia tidak mahu ketinggalan meraikan kemenangan dan mengucapkan penghargaan kepada wira negara yang kini sedang bertarung nyawa untuk masa depan seluruh rakyat Malaysia.
“Masyaallah, akankah kita tempuh kemanisan begini nanti?
“Andai dipanjangkan umur dengan izin Allah, saat kita bebas dari musibah ini, aku nak bersama2 meraikan kemenangan dan terima kasihku pada wira2 frontliners yang sedang bertarung nyawa untuk masa depan seluruh rakyat malaysia sekarang.
“China mampu kita juga mampu.. please berusaha dan jangan mengalah. *sumber Fb *kesemua petugas kesihatan balik ke tempat asal masing2 setelah pandemik covid19 berada dalam kawalan dan beransur2 hilang.
“Tengok macam mana rakyat memberi penghormatan kepada mereka semua. they really deserve such a respect. no. 1 frontliner #stopcovid19 #juststayathome
#kitajagakita,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Netizen turut berkongsi reaksi masing-masing di ruang komen.
Semoga detik keramat itu tiba sebelum menjelangnya Ramadan.
Foto : Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI