Nampaknya keputusan Bella Astillah untuk kembali menerima bekas suami, Aliff Aziz tidak menerima sambutan baik dari kalangan netizen. Rata-rata menyatakan Bella seperti tidak serik atas apa yang berlaku sebelum ini.

Malah di ruang komen Instagram wanita ini dipenuhi kata-kata nasihat agar dia berfikir panjang.

Bella bagaimanapun punya sebab tersendiri dan mempertikaikan kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Memetik nama seorang netizen yang disifatkan sebagai melampau, jelasnya di ruang Insta Story, kehidupannya tiada kena mengena dengan individu lain. Malah mengaitkan hal di atas katil atas keputusan itu cukup menjijikkan.

IKLAN

Hi Aizad Fahmy or whoever you are, awak orang Melayu ke? Sebab orang melayu ni selalunya tahu adab dan budi bahasa. Lagi-lagi kalau Islam. Ada agama tak? Sebab senangnya awal label orang sampah masyarakat, bebal. So awak pula? Perdana Menteri? Kerabat? Tuhan?

“Saya deserve ke tak deserve ke takde kena mengena dengan awak.

IKLAN

“Bila dengar orang nak berbaik boleh fikir pasal benda kotor je. Euww awak tu yang menakutkan. Fikirlah ke arah positif lagi-lagi orang Islam, tak boleh fikir mungkin sebab kami ada anak ke apa ke,” tulisnya di Insta Story.

IKLAN
“Saya Deserve Ke Tak Deserve Ke Takde Kena Mengena Dengan Awak,” – Diserang Netizen Gara-Gara Kembali Berbaik Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Sekolahkan Netizen

Terdahulu, tular di laman Twitter apabila individu terbabit mengatakan tindakan Bella sebagai bebal apabila ingin bersatu kembali dengan bekas suami.

Foto : Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI