Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil meluahkan kekecewaannya terhadap insiden yang terjadi terhadapnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Farid memuat naik foto ‘tweet’ dipercayai seorang pegawai pendakwa raya (DPP).

“Saya di suruh tidak berbicara mengenai Kes sepanjang proses Prosiding di Mahkamah PJ.

 

“Tetapi di dalam proses tersebut adakah wajar untuk Pihak Pendakwaraya DPP membuat Keputusan melalui ‘twit’ sebelum prosiding dan di tentukan Mahkamah sekiranya Wajar anda adalah contoh Kleptokrat Muda yang di didik oleh Ahli Politik Kerajaan Dulu,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan komen-komen sokongan daripada para peminatnya.

Ads

“Saya Di Suruh Tidak Berbicara Mengenai Kes Sepanjang Prosiding Mahkamah Tapi…,” Datuk Farid Kamil

“Saya Di Suruh Tidak Berbicara Mengenai Kes Sepanjang Prosiding Mahkamah Tapi…,” Datuk Farid Kamil

Ads

Sebelum ini, permohonan Farid bagi mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara ditolak Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ads

Majistret Nor Ariffin Hisham menolak permohonan itu selepas dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan tidak dikemukakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu.

Peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili Farid Kamil mengemukakan permohonan itu atas alasan anak guamnya akan ke luar negara bagi penggambaran filem.

Foto/Instgaram: Farid Kamil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI