Pemenang tempat kelima program hiburan Big Stage 2020 (BS2020), Fadh Majid mendedahkan dia tidak kisah bila ada yang sifatkan dirinya miliki perwatakan sebagai seorang yang alim.
Menurut Fadh, kata-kata yang baik itu merupakan satu doa. Namun, penyanyi tersebut tetap mengakui diri sendiri masih mempunyai banyak kekurangan.
“Saya okay sahaja kalau mereka kata saya ni lebih kepada Islamik atau pun orang panggil saya ustaz, sebab kata-kata tu doa.
“Misal kata mereka doakan saya kearah kebaikkan, saya tak kisah. Walaupun, saya ni nakal dan tuhan je yang tahu tapi alhamdulillah kalau mereka fikir saya begitu.
“Tapi saya tak pernah anggap diri saya terlalu baik. Saya tahu diri saya. Saya ni juga hamba Allah yang tidak lari daripada membuat silap. Saya sedar akan perkara tersebut,” katanya kepada MH.
Malah sebelum bergelar penyanyi, bintang ini terlebih dulu kenali sebagai seorang qari dan kerap menyertai pelbagai pertandingan ketika zaman remajanya.
“Ada juga yang mempersoal mengenai perkara tersebut. Tapi saya cuma jawab selagi perkara tersebut tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri saya atau orang lain, saya rasa tiada masalah.
“Mungkin bila orang suka dengar suara saya, perkara tersebut boleh membawa mereka kearah kebaikan.
“Saya dibesarkan dengan Al-Quran dan saya juga pernah memenangi pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2005,” jelasnya lagi.
https://www.instagram.com/p/CF1MLh_lvbt/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI