
Bagi anda yang pernah menonton sitkom Dunia Anita sudah pasti mengenali dengan salah seorang pelakon utamanya, Nina Fazurina.
Meski sudah 12 tahun berlalu, Nina mengakui ada yang merindui lakonannya menerusi sitkom tersebut.
“Monday 2 June 2020 / 10 Syawal 1441,
“Saya dikenali dari sitkom DUNIA ANITA. Kini sudah 12 tahun berlalu dan masih dirindui & kekal dalam industri,” tulisnya.
Dalama pada itu, Nina turut menitipkan ucapan terima kasih bersempena ulang tahun saluran TV3 yang ke-36 tahun.
“Terima kasih @tv3malaysia. Happy 36’s birthday #Tv3 #DuniaAnita,” tulisnya.
Selain Nina, pelakon Norlia Ghani, Tam Suhaimi dan Zul Yahya juga turut membintangi dalam drama komedi tersebut.
Foto:Instagtam Nina Fazurina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bergambar Dengan Bahasa Agak Keras, Tegur Dengan Cara Kurang Selesa,” – Zizan Razak

Bermula daripada pentas Raja Lawak musim pertama sehinggalah bergelar antara bintang popular tanah air, Zizan Razak mendedahkan dirinya telah berhadapan dengan pelbagai jenis ragam peminat.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, dia sebenarnya lebih selesa untuk berinteraksi bersama mereka yang beradab dan memiliki budi bahasa yang tinggi.
Katanya lagi, dia pernah didatangi oleh peminat yang ingin bergambar tetapi caranya dikatakan sedikit kasar.
“Sedikit cerita nak share tentang diri saya. Berkenaan dengan adab. Saya memang kalah betol dengan orang yang polite beradab dan berbahasa.
“Ya tak dinafikan ada juga yang datang bergambar dengan bahasa yang agak keras juga menegur dengan cara yang kurang selesa. Tetapi saya cuba senyum dengan sebaiknya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Hantu Bonceng ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelasnya lagi, sekiranya para peminat menegurnya dengan baik, perasaannya juga pasti akan bertambah senang dengan tingkah laku sedemikian.
“Ya sekadar perkongsian. Tetapi jika datang dengan cara lembut sure sejuta level senyuman saya akan berikan. MashAllah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar sikap seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Saya sangat-sangat memahami,” balas penyayi, Haqiem Rusli.
“Sangat setuju,” komen pelakon Siti Elizad.
“Betul, adab cerminan your true colours,” respon penyanyi, Dewi Liana Seriestha.
“Saya dalam court pun senyum, walaupun kena smash bertalu-talu,” kata, bekas pemain badminton negara, Hafiz Hashim.
Selain aktif bergelar anak seni, bintang berusia 38 tahun ini juga kini dilihat sibuk menguruskan restoran makanan Korea miliknya sendiri.
Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul menerusi filem terbaru yang berjudul Rompak.
Filem ini dikhabarkan bakal memulakan sesi pengambarannya pada Februari dan dijadualkan akan ditayangkan pada bulan bulan Jun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Selamat Bersalin, Datuk Jamal Abdillah Syukur – “Alhamdulillah, Selesai Sudah, Gementar Sehinggakan…”

Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan isteri Datin Izzati Khiruddin yang telah selamat melahirkan zuriat ketiga, pada jam 2.27 petang tadi.
Difahamkan, cahaya mata lelaki pasangan ini telah dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta, Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyanyi yang sinonim dengan lagu Penghujung Rindu itu menerusi satu entri di Instagram.
“Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun.
“Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman.
“Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
“Assalammualaikum. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yg soleh, amen.
“ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH. GEMENTAR SEHINGGAKAN AZAN PUN TERSASUL. TERIMA KASIH SEMUA. Wassalam,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Jamal dan Izzati mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata bernama Nur Azura Yamani, 2 tahun dan El Issac Yamani, 9 bulan.
Jamal juga turut mempunyai dua orang anak lelaki, Osama Yamani, 20, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jamal Abdillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tengok Pun Penat, Inikan Pula Yang Terlibat,” – ‘Tukar Baju’ Dalam 11 Saat, Ramai Kagum Lihat Hasil Akhir Muzik Video Terbaru Tok Ti

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi bersama peminat momen-momen menarik sewaktu menjalani sesi pengambaran muzik video lagu terbarunya yang berjudul Kuasa Cintamu.
Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan bagaimana figura yang popular dengan panggilan Tok Ti itu menukar sepersalinan baju kuning yang dipakainya dengan dress berwarna merah dalam masa kurang 11 saat.
Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, ini kali pertama Tok Ti menjalani pengambaran muzik video secara ‘one take shot’ atau ‘one taker’.
“Sepanjang @ctdk menjadi artis, ini pengalaman pertama beliau menjalani penggambaran video muzik secara one take shot atau one taker.
“Mungkin mudah jika tidak perlu menukar pakaian tetapi @ctdk perlu memakai 2 lapis pakaian lengkap dengan anak tudung/inner berbeza (2 lapis pakaian) kerana penukaran ini perlu dibuat dalam masa 11 saat saja,” tulisnya di Instagram.
Jelasnya lagi, sewaktu sesi pengambaran tersebut semua pihak harus bersedia bagi memastikan babak ini dapat dirakam dengan sempurna.
“Semestinya ada cabaran tetapi apa yang penting adalah pengalaman. One taker ini, kalau ada scene yang tidak ok, sama ada pelakon, pemuzik, camera shot atau @ctdk sendiri, penggambaran akan diulang dari mula.
“Adakala pelakon dah ok, camera pula tak stabil atau goyang atau termiss di mana-mana, adakala @ctdk lupa lirik, salah ‘miming’ dan sebagainya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Rozi turut mendedahkan anak kepada Tok Ti, Siti Aafiyah turut memberikan kerjasama yang baik ketika muncul dalam salah satu babak di dalam muzik video berkenaan.
“Paling best bila scene Aafiyah, ada masa dia sporting dan ikut arahan, ada masa dia tak bergerak langsung ke arah @ctdk, memang lucu. Seluruh tenaga produksi bekerja sangat berhati-hati, fokus dan alhamdulillah, video muzik ini sudah pun dilancarkan.
“Selepas @ctdk umumkan akan berehat untuk fokus kepada perancangan keluarga, kami di SNP dan Universal Music berusaha menghabiskan apa sahaja kerja mengikut jadual yang berbaki termasuklah menyiapkan video muzik ini,” akhirinya.
Video disebalik tabir itu kemudiannya tular di laman Twitter selepas ramai yang kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Tok Ti itu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut teruja melihat hasil akhir muzik video berkenaan.
Terdahulu, muzik video Kuasa Cintamu telah dilancarkan di laman Youtube pada Rabu dan telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.
Sumber: Instagram CTDK & Rozi Abdul Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI