“Saya Dituduh Mandul..,” – Izzue Islam Dedah Ada Netizen Minta Ceraikan Isteri, Kahwin Lain

Share

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui ada ketikanya dia terkesan dengan kata-kata yang diberikan segelintir netizen gara-gara perkahwinannya yang sudah mencecah usia 6 tahun bersama isteri tercinta, Awin Nurin masih belum dikurniakan cahaya mata.

Malah, bintang berrusia 29 tahun itu seperti yang dipetik Berita Harian Online turut menambah, dia tidak pernah terdetik untuk menduakan isteri atas alasan tiada anak.

“Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati.

“Paling terkesan tentunya saya dituduh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri. Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin.

“Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri,” katanya jujur.

Malah, ada yang menuduh Izzue mandul dan tidak mampu membahagiakan isterinya, lantas meminta artis terbabit menceraikan Awin.

Terdahulu, Izzue yang juga bekas anggota kumpulan Forteen, mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013.

Izzue mengaku isterinya pernah tertekan ketika isu mengenai zuriat mula-mula diperkatakan netizen.

Foto: Instagram Izzue Islam

Published by
MH