Pelakon jelita, Uqasha Senrose menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang juga merupakan aktor, Kamal Adli yang ke-36.

Dalam ucapannya itu, Uqasha mendoakan semoga suaminya itu akan sentiasa menjadi cinta abadi buat dirinya hingga ke akhir hayat.

“Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami! “Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami!

“Selamat ulang tahun suami ku @kamaladli yang tercinta tersayang. Insyallah akan jadi cinta abadi ku dan yang terakhir.

“Saya doakan abang sentiasa sihat sentiasa bahagia dengan saya dan keluarga tercinta,” tulisnya.

Titipan istimewa itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Setelah Terlafaznya Akad itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, Uqasha turut memanjatkan doa agar suaminya itu akan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Ads

“Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami! “Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami! “Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami!

“Ya Allah kau buka la pintu rezeki seluas-luasnya buat suami ku, panjangkan umurnya dan yang paling penting sentiasa ingat Allah dan cintakan saya sorang je tau.

“Semoga segala doa-doa abang, Allah akan makbul kan dan sekali lagi HAPPY BIRTHDAY MY LOVE,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti nyata tersentuh saat membaca perkongsian tersebut selain turut mengucapkan selamat hari lahir buat Kamal.

“Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami! “Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami! “Saya Doakan Abang Sentiasa Sihat & Bahagia Dengan Saya…,” – Manisnya Ucapan Uqasha Senrose Buat Suami!

Ads

“Happy birthday Kamal. Semoga aman bahagia bersama isteri tercinta hingga ke syurga.

“Sweet betul kapsyennya.

“Happy birthday Kamal. Semoga jodoh sentiasa dipanjangkan hingga akhir hayat.

“Happy birthday our hero. Semoga diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama isteri tercinta.

Ads

“Sweetnya ucapan. Tasa betul keihlasan tu. Semoga berbahagia hingga ke jannah Uqasha dan Kamal,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 5 November tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Uqasha dan Kamal bakal sekali lagi bergandingan menerusi drama terbaru berjudul Setelah Terlafaznya Akad 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Uqasha Senrose & Kamal Adli

https://youtu.be/oaroBHHqN-A

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI