Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak mempunyai niat untuk mengeruhkan lagi hubungan bersama keluarga mentua susulan kenyataan yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
Menurut Bella, dia harus memberikan kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan ramai selepas ada dakwaan yang mengatakan dirinya sengaja melarang anak-anak untuk bertemu dengan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz.
“Saya faham bila ada yang muak dengan perkongsian saya melibatkan hal peribadi di media sosial. Saya sebenarnya sudah tidak suka lagi nak berkongsi perkara seperti itu.
“Saya nak move on dan berkongsi hal yang positif berkenaan diri saya, kerjaya dan anak-anak. Namun, bila ada perkara yang tidak henti-henti diperkatakan, saya perlu meletakkan tanda noktah.
“Saya tiada niat nak pisahkan anak-anak. Biarlah hal ini jelas. Jika pihak di sana ada memberikan apa-apa reaksi balas, saya tidak akan berkata apa-apa lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bermanja-Manja ini akui sudah berfikir panjang dan meminta pendapat orang tuanya sebelum memuat naik hantaran tersebut.
Ads
“Segalanya sudah saya ucapkan dan saya lega. Kini, saya nak move on. Itu yang lebih penting. Saya tidak akan muat naik posting seperti itu lagi.
“Saya sebenarnya berat hati nak kongsi posting tersebut. Saya ada minta pendapat daripada kedua orang tua dan mereka faham. Kata mereka, kalau saya simpan sendiri, nanti akan beri tekanan,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada Aliff ada menghubungi anak-anak, ini jawab Bella;
Ads
“Alif langsung tiada hubungi anak-anak. Kali terakhir adalah ketika Hari Raya. Dia ada hubungi ibu saya. Ketika itu juga berlakunya cubaan untuk mempengaruhi minda anak-anak saya.
“Jadi, saya ambil iktibar,” katanya lagi.
Terdahulu, Bella telah diumumkan selaku pemenang bagi kategori Celebrity Of The Year di Tik Tok Awards 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Ahad.
Ads
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Bella mendedahkan ia hasil daripada sokongan peminat dan bukan kontroversi semata.
“Kontroversi? Itu saya tidak pasti tapi ramai yang mendoakan saya. Sejak apa yang berlaku dalam kehidupan saya, saya akui memang dapat perhatian ramai.
“Pada masa sama, saya bersyukur kerana mereka ambil berat fasal saya dan anak-anak. Saya aktif di Tik Tok sejak 2018 dan banyak dibantu oleh adik saya Didi Astillah.
“Dia akan kongsikan trend terkini. Malah, saya juga orang terawal yang dipilih untuk mempromosikan Tik Tok. Saya bangga bila melihay Tik Tok kini menjadi platform yang besar dan beri manfaat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu warna kulit sering menjadi buah mulut orang ramai. Kenapa ya kalau seseorang itu berkulit putih, cerah, terus dicop sebagai cantik sedangkan bila seseorang itu berkulit sedikit ‘tan’ akan dipanggil Dayang Senandung?
Apa pula perasaan ibu apabila lihat anak berusia setahun jagung terpaksa menghadapi stereotaip ini oleh insan jauh lebih dewasa hingga menggangu keyakinan diri mereka? Lebih-lebih lagi asyik dibandingkan oleh kakak sendiri yang berkulit cerah?
Bosan sering diajukan soalan sama mengenai perbezaan warna kulit dua orang anak perempuannya, seorang wanita, Nurulbadiah Lai menulis di laman Facebook miliknya mengenai perkara ini.
Kisahnya ini mendapat perhatian netizen terutamanya dikalangan ibu yang memahami perasaan Nurulbadiah ini. Bagaimanapun, niatnya itu dikecam segelintir netizen yang mendakwa dia ‘tidak bersyukur’ dengan kurniaan Allah SWT.
Sekali lagi, dia mempertahankan dirinya di laman Facebook menerangkan sebab dia berbuat demikian.
“Assalamulaikum, so today I was attacked by our netizen regarding to the issue rose up in instagram/fb. It seems like I’m at the wrong side since I stood up for my kids about comparing skin tones.
“As far as we concern, comparing skin tones had been a big issue in our country now since I also been asked by few strangers regarding to the different skin tones inherited by both my kids. Some of the netizen really ‘care’ abt us family until they left negative comments for us.
“To be honest I’m so speechless & disappointed bcs definitely you people don’t really get what i was about to deliver & highlight here. I stood up not because I denied what Allah had given to me or tak bersyukur or else but I wanna stress here that comparing with other is not good for the growth of the kids.
“You may ask the person who had this kind of history & struggle to live in other people’s expectation, yes they grew up tapi they might be lacking in self confidence! Thats is my point here.
“It’s definitely nothing to do with Im trying to viral my kids or even to crave for an attention etc because what’s the point of possessing a degree holder if I acted in such behaviour?
“Some mentioned also there is no difference between both of my kids, dua-dua putih! Thats not the issue, because literally we posted picture on socmed like IG/FB/ when we already done with balancing the light, the contrast of the picture etc right? So do I. Thats what you guys saw in my accounts.
“But, the truth is both of my kids is totally different from each other in terms of everything & the most obviously is their skin tones,and i really love this fact!!!
“Thats what Im saying, please stop comparing & terima your kids or even your friends as they are. Everyone is beautiful anyway.
“It’s even heartbreaking when you as a mother saw your kid is struggling to make herself look like her sister.
“She resisted to wear pink because people said pink look bad on a tanned skin ppl, she get her shower like for 1 hour just to sental her body & what do you guys expected if you are her mother?
“I love both of my kids & i stressed here that stop comparing because it will down-grading your kids & please dont judge before you do really understand the point. It showed your level of mentality.
“Thats all. Explain in english just to SEEK & CRAVE for your understanding if explain in malay karang orang salah paham lagi. I rest my case,” tulisnya.
Bagi MH, sudah tiba masanya untuk kita ajari masyarakat bahawa semua orang mempunyai kecantikan yang tersendiri tidak kira apa pun warna kulit. Sudah-sudahlah stereotaip yang orang kulit putih ni cantik. Ada jugak orang kulit ‘kurang putih’ ni cantik.. tengok sahaja selebriti Bollywood, malah artis-artis tempatan seperti Nabila Huda pun, cantik je kan?
sumber: FB NurulBadiah Lai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sambil merakamkan rasa syukur, usahawan ini turut menyatakan zuriat merupakan suatu rezeki yang tak ternilai.
Terdahulu, penyanyi Pujaan Hatiku ini telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak ketiganya.
“Alhamdulillah…aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya.
“Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. #anakke10 #rezekiyangtidakternilai,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah atas pertambahan cahaya mata baru dalam keluarga besarnya.
Malah beberapa jam sebelum Adira bersalin, Datuk Red turut berkongsi foto menerusi Insta Stories miliknya.
Begitu juga dengan Adira, yang turut berkongsi foto terkininya sebelum bersalin.
Adira dan Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan sebelum ini dikurniakan cahaya mata, Anggerik pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.
Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu mempunyai tujuh cahaya mata termasuk bersama isteri pertama dan terdahulu.
Datuk Red dan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hassim atau sinonom disapa sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.
Sementara difahamkan, lelaki tersebut pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Tahniah Datuk Red dan Adira!
Foto: Instagram Adira, Datuk Red
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Adam Corrie mendedahkan dirinya sering kali menerima mesej daripada individu yang meminta bantuannya untuk menyelesaikan masalah akibat terjerat dengan sindiket ‘ah long’ atau dikejar pihak bank kerana tidak membayar hutang.
Menurut Corrie, sebagai selebriti biasa, kesemua perkara tersebut adalah diluar kemampuannya.
“Saya bukan ah long. Saya juga tak boleh tolong kalau sahabat ada masalah dengan ah long. Saya artis biasa sahaja.
“Setiap hari saya terima PM minta tolong dari segi kewangan, kena kejar dengan ah long, kena kejar bank sebab tak bayar hutang dan macam-macam lagi.
“Saya tak boleh nak payung dan tolong yang di luar kemampuan saya,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas Corrie lagi, meskipun tidak dapat memberikan bantuan daripada sudut kewangan, namun, dia tetap akan memberikan bantuan dengan berkongsi nombor telefon atau laman web pihak berwajib bagi rujukan individu berkenaan.
“Saya hanya akan berikan link no telefon atau link web site pihak berwajib untuk tuan puan hubungi minta bantuan.
“Saya doakan tuan puan semua selalu dilindungi Allah SWT dari segala keburukan dan mara bahaya,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Corrie turut menyeru kepada semua pihak untuk menjalani rutin hidup secara bersederhana asal tidak menyusahkan diri sendiri di kemudian hari.
“InsyaAllah. Qanaah asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah. Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” ujarnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Spekulasi mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang dikatakan sedang hangat bercinta akhirnya terlerai apabila empunya badan tidak menafikan sedang berkawan rapat dengan seseorang.
Ketika diajukan mengenai...