Berada di kedudukan kedua tercorot pada minggu kelima saingan program Gegar Vaganza (GV6) malam tadi, Feeza akui sudah membayangkan dirinya akan diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Perasaan tersebut dialami bintang ini gara-gara mengalami masalah ‘ear piece’ yang tidak kedengaran di tengah-tengah persembahan lalu menyebabkan temponya terbabas sehingga mendapat kritikan juri.

“Saya alami masalah ‘ear piece’, jadi sudah lost. Itu yang saya tiba-tiba nampak macam mencari ‘mana aku punya tempo ni?’.

“Tak boleh nak dapatkan, nasib baik kemudiannya ia okay balik dan saya cuba ambil rentak. Itu yang rasa kecewa sangat dengan persembahan tadi,” katanya kepada MH.

Ditanya apakah perasaan yang bermain-main di fikirannya pada ketika itu, Feeza yang menyampaikan lagu Jutaan Purnama nyanyian asal Datin Alyah mengakui ibarat dapat merasa saingannya di GV6 akan terhenti di minggu kelima.

Ads

“Itulah… Aku dah boleh ‘out’ dah ni. Tempo kalau nak diikutkan dalam sesebuah persembahan, jika kita sudah tak ikut tempo, memang ‘out’. Malah saya sudah cakap dengan peserta lain, saya akan keluar kali ini. Sudah tahu.

“Saya fikir, saya yang akan terkeluar kerana rasanya Nurfatimah okay. Bila diumumkan dapat mara ke peringkat seterusnya, saya rasa lega. Sekurang-kurangnya dapat teruskan perjuangan,” terangnya jujur.

Ads

Sementara itu, pada minggu keenam konsert, Feeza bakal menyempurnakan single Siti Nordiana berjudul Terus Mencintai bersempena dengan tema ‘Melets’.

“Saya pernah nyanyikan lagu ini, cumanya saya perlu lebihkan latihan dari segi vokal. Nadanya juga tinggi dan mungkin saya akan persembahkan yang berbeza dari penyanyi asal. Kena tengok nanti.

Ads

“Memang ada semangat untuk bersaing, buat sehabis baik. Akan tetapi bila ada masalah yang tak terduga dan mengganggu rasa ‘down’. Kalau nak diikutkan mungkin minggu depan akan menyaksikan lebih dari seorang peserta yang tersingkir.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan muse, sesemua peserta diadili dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sementara pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

GV6 bersiaran secara langsung di Astro Ria dan Ria HD dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad, jam 9.00 malam.

Foto: Instagram Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI