
Masih lagi berkisar soal obses kepada anak sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi entri terbaru membuat luahan khas berkisar artikel yang berlegar di alam maya.
Berkongsi foto terbaru Siti Aafiyah, gurau penyanyi nombor satu Malaysia ini, dia obesiti. Muat naik ini mendapat lebih 170,000 tanda suka dengan lebih 3000 komen netizen yang nyata terhibur dengan kenyataan penyanyi ini.
“Saya geram ni!! sapa cakap ibu saya obses tu? Ibu saya ObesSITI lah!!!” tulisnya.
Jelas netizen, tidak ada salahnya obses dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan di dalam rahim.
Siti sebelum ini dikritik teruk netizen gara-gara sering memuat naik gelagat anak dalam Instagram. Namun isteri kepada Datuk Seri Khalid ini menegaskan dia bebas berkongsi apa sahaja mengenai Aafiyah malah telah menanti selama 11 tahun untuk bergelar ibu.
Foto : Instagram Tok Ti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Sambutan Hari Jadi Anak Norman Hakim & Memey Suhaiza, Tema Puteri Kayangan. Comelnya!

Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi telah menyambut hari ulang tahun kelahiran anak ketiganya bernama Mikayla Delisha Hakim.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Kongsi Memey, ini merupakan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-1 tahun buat anak perempuannya itu.
Bertemakan konsep puteri kayangan, ternyata majlis sambutan hari jadi tersebut tersebut kelihatan sangat meriah dan comel.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari-Hari Tengok Video Orang Lain Bersalin,” – Shila Amzah Dah Tak Sabar Timang Cahaya Mata

Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah kini sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Shila berkata dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
“Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni..Hari2 tengok video labor and delivery org lain Bag hospital in Sha Allah dah complete.
“Kalau ikut kan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar…
Terutamanya tendangan Di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan Shila dipermudahkan.
Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.
Pada 7 May yang lalu, Shila telah mengumumkan jantina bayi bersama peminatnya dan bayi yang bakal yang bakal dilahirkan adalah bayi lelaki.
Foto : Instagram Shila Amzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Jurulatih Manchester City Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Memetik laporan Astro Awani, ibu kepada jurulatih Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti Covid-19.
Ibu Guardiola, Dolors Sala Carrio meninggal dunia pada usia 82 tahun. Terdahulu Gaurdiola pulang ke Sepanyol sebelum negara itu menjalani perintah berkurung.
“Keluarga Manchester City berduka dengan laporan kematian ibu kepada Pep, Dolors Sala Carrio, di Manresa, Barcelona hari ini selepas dijangkiti koronavirus. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.
“Semua yang berada di kelab ini ingin menyampaikan simpati kepada Pep, keluarganya dan kesemua rakan mereka pada waktu yang sukar ini,” sumber dipetik.
Minggu lalu, jurulatih itu menghulurkan sumbangan sebanyak €1 juta (RM4.71 juta) kepada Yayasan Angel Soler Daniel bagi membiayai alatan perubatan di Catalonia.
Sepanyol merupakan negara paling terjejas di Eropah dengan lebih daripada 136,000 kes positif dicatatkan dengan lebih 13,000 mangsa meninggal dunia.
Sumber : Astro Awani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI