“Saya Geram Ni,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Share

Masih lagi berkisar soal obses kepada anak sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi entri terbaru membuat luahan khas berkisar artikel yang berlegar di alam maya.

Berkongsi foto terbaru Siti Aafiyah, gurau penyanyi nombor satu Malaysia ini, dia obesiti. Muat naik ini mendapat lebih 170,000 tanda suka dengan lebih 3000 komen netizen yang nyata terhibur dengan kenyataan penyanyi ini.

Saya geram ni!! sapa cakap ibu saya obses tu? Ibu saya ObesSITI lah!!!”

tulisnya.

Jelas netizen, tidak ada salahnya obses dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan di dalam rahim.

Siti  sebelum ini dikritik teruk netizen gara-gara sering memuat naik gelagat anak dalam Instagram. Namun isteri kepada Datuk Seri Khalid ini menegaskan dia bebas berkongsi apa sahaja mengenai Aafiyah malah telah menanti selama 11 tahun untuk bergelar ibu.

Foto : Instagram Tok Ti

Published by
Noraini Abd Wahab