Mula mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu, penyanyi popular lewat 90-an, Leina Hangat menegaskan apa yang pernah dilaluinya dulu ibarat liku kehidupan yang seterusnya mengajarnya untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.
Sinonim dengan penampilan berani suatu ketika dahulu, figura Leina Hangat cukup sensasi.
Malah, keunikan nama pentasnya itu sekali gus membuatkannya kekal diingati pencinta muzik hingga kini.
“Biasalah… ‘Zaman Jahiliah’. Semua merasa. Kalau tidak, kita tidak tentu akan jadi baik kalau kita tak pernah ‘jahat’ dulu, itu pada pandangan saya.
”Kalau saya tak jadi jahat dulu, kemungkinan, saya tak akan jadi baik seperti sekarang.
“Mungkin tak cukup baik di mata manusia, tapi sekurang-kurangnya saya cuba jadi lebih baik di mataNya,” katanya jujur.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menambah, setiap orang punya kisahnya yang tersendiri.
“Sebab bagi saya, setiap individu itu ada perjalanannya dan insyaAllah kalau niat betul dan cuba untuk dekatkan diri dengan Allah SWT, teruskan doa agar ditunjukkan jalan yang benar, pada suatu, di mana kita… tak tahu ia akan terjadi.
“Saya pun sendiri rasa macam mimpi, demi Allah,” terangnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dirinya pernah ‘stalk’ diri sendiri di internet, pemilik nama lengkap Norazlina Abdul Rahman ini ada jawapannya sendiri.
“Saya Google. Bila saya tengok saya berfikir macam…’Ya Allah Ya Tuhanku, mana pergi iman aku?’ Tapi pada masa ketika itu…
“Memang setiap manusia diuji, cuma bila tiba waktunya, kita kena kembali kepada fitrah.
Ads
“Inilah fitrah saya sebenarnya. Inilah saya. Apa yang sahaja ujian yang Dia berikan itu, kena terima dan yakin agar suatu hari kita akan jadi individu yang lebih baik. InsyaAllah ia akan berlaku.
“Bila diberikan hidayah untuk bertudung, rasa syukur.
“Sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang benar. Sebelum bapa saya meninggal, dapatlah arwah melihat saya ke jalan yang benar, insyaAllah,” akui Leina.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada majlis pelancaran koleksi baharu jubah dan pakaian Munawwareen di St Mary, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Foto: Instagram Leina Hangat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut bulan lalu, pelakon Nur Fazura memuat naik sepotong video di YouTube yang turut memaparkan suaminya, pelakon Fattah Amin.
Dalam video tersebut, pasangan itu berkongsikan pendapat dan pandangan mereka mengenai Hari Bapa.
Paling menarik perhatian ialah pesanan berharga yang dititipkan bapa Fattah kepada anaknya itu ketika masih di awal fasa perkahwinan.
Menurut Fattah, bapanya berpesan agar jangan sesekali berlaku curang kerana setiap perbuatan buruk itu pasti akan mendapat balasan Allah SWT.
“Dalam hubungan suami isteri, jangan curang dengan pasangan sebab apa sahaja perkara buruk yang dilakukan akan dibalas semula oleh Allah S.W.T,” kongsi Fattah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan pesanan tersebut dan menyatakan betapa bertuahnya Fazura dikurniakan suami seperti Fattah.
“Bagus sangat pesanan ayah Fattah. Semoga Fattah, Fazura dan Fatima sentiasa dalam lindungan Allah.
“Untunglah Fazura bersuamikan Fattah Amin. Fattah seorang yang baik hati dan keturunan keluarga yang warak dan baik, selari dengan personalitinya.
“Bagus pesanan ayah Fattah, moga menjadi pedoman juga buat semua.
“Suka pasangan ini. Semoga kebahagiaan terus mengiringi sehingga ke Jannah.
“Bila pesanan ayah tu kukuh tersemat dalam hati Fattah bermakna ayah dia ni hebat orangnya dalam mendidik anak. Patutlah Fattah ni sangat positif orangnya,” komen netizen.
Sekadar informasi, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan yang digelar Fattzura ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fattah Amin, Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memberi kenyataan membabitkan dia bersama suami serta ahli keluarga yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinannya selain merentas negeri.
Bekas hos program MeleTOP ini tampil menjelaskan, dia telah dimaklumkan mengenai perkara terbabit dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Dia pada masa sama turut menjadikan ia sebagai pengajaran dan peringatan.
“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya serta semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media.
Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dengan baik di dalam menguruskan kesnya.
Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.
“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengesahkan memang berlaku kes pecah amanah di dalam syarikat perusahaannya seperti yang telah dilaporkan kepada pihak polis pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Fazura enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut memandangkan ia masih lagi dalam siasatan.
“Ya benar. Memang ada kes pecah amanah dan ia sangat berat. Saya tak boleh nak komen panjang kerana segalanya masih dalam siasatan.
“Saya serahkan segalanya kepada pihak polis. Tidak lama lagi kita akan tahu dengan lebih lanjut,” tulisnya.
Jelas isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini lagi, kes ini membabitkan beberapa orang pekerja dan jumlahnya juga agak besar.
“Saya bukan ingin mengaibkan sesiapa, sebaliknya, hal ini sudah melanggar undang-undang dan dikira sebagai perbuatan khianat.
“Apatah lagi ia bukan membabitkan satu kes sahaja sebaliknya melibatkan beberapa kes lain dengan individu yang berbeza,” ujarnya.
Fazura berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perasmian butik dan tayangan perdana kempen hari raya FAZURA 2023 yang berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, Fazura turut menyifatkan kejadian ini sebagai satu pengajaran buat dirinya dan orang-orang di sekeliling.
“Saya memang agak sedih. Saya tak mahu menghakimi sesiapa. Ini pengajaran untuk kita semua.
“Bila bekerja dan tengok duit yang banyak, ada kalanya, kita jadi cepat tamak dan tak fikir masa hadapan,” katanya lagi.
Malah, dia juga akan lebih berhati-hati untuk mempercayai orang lain meskipun daripada kalangan orang-orang terdekat.
“Saya ada sifat yang sentiasa bersangka baik dengan orang. Rasanya itu silap saya tapi saya tak menyesal ada sikap seperti itu.
“Sejak akhir-akhir ini, saya kerap berhadapan dengan situasi seperti ini sama ada dengan pekerja atau kawan-kawan. Jangan mudah percaya orang terutama yang rapat dengan kita,” akhirinya.
Pada majlis yang sama, Fazura telah memperkenalkan koleksi-koleksi tudung dan Baju Kurung Pahang baharu bersempena kempen Hari Raya 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!