“Saya Hamil Ketika Sertai Muzik Lawak Superstar 2019,” – Rupanya Vicha Sudah Menikah, Miliki Seorang Anak Lelaki

Share

Pelawak dan pelakon, Vicha akhirnya mendedahkan dia sebenarnya sudah pun bergelar isteri sejak tiga tahun lalu dengan seorang jejaka warganegara Nigeria, dikenali sebagai Johnson.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Michael Trevor Ayomide, yang kini berusia dua tahun.

“Sebenarnya, saya tidak ‘single’ lagi. Saya sudah berkahwin kira-kira tiga tahun lalu dan mempunyai seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

“Saya hamil ketika menyertai Muzikal Lawak Superstar 2019. Saya mengenali suami dari tahun 2015 jadi bermaksud kami saling kenal dalam tujuh ke enam tahun, cuma kahwin lebih tiga tahun lalu begitu.

“Tidak ada perselingkuhan, tiada drama. Doa saya dimakbulkan mengenai pasangan yang diingini itu, ada padanya,” kata Vicha.

Pendedahan tersebut dibuat Vicha menerusi saluran YouTube, Vicha Barbie dua hari lalu.

Berkongsi mengenai keperibadian suami, Vicha menjelaskan suami sebagai lelaki bertanggungjawab meski tidak terlalu romantik.

“Keistimewaan Daddy (nama panggilan), dia seorang yang bertanggungjawab, suka bagi nasihat. Kalau kita ada buat kesilapan dia akan beritahu apa yang silap.

“Selain itu dia tidak terlihat sebagai romantik yang berlebihan, akan tetapi kita boleh rasa yang dia penyayang.

“Yang penting pada awal perkenalan, saya beritahunya bahawa sebelum ini, ada lelaki yang cuba ambil kesempatan, ada juga yang berlaku curang. Jadi saya tidak mahu berikan peluang kedua.

“Kalau kamu tidak jujur, saya akan pergi. Alhamdulilah dia pun beritahu, mahu cari pasangan yang serius. Lalu dari dulu sampai sekarang, tiada drama atau masalah orang ketiga,” katanya lagi.

Vicha antara lain mengakui tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinan keduanya itu.

Malah dia tidak terlalu berkongsi kerana tidak mahu berkongsi hal peribadi, tambahan lagi pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini.

Terdahulu, Vicha berkongsi kandungan video di laman sosial YouTube mengenai status dirinya itu.

“Aku percaya selepas hujan pasti ada pelangi. Aku bersyukur lalui kehidupan aku penuh dugaan, karna itu satu pengalaman yang menguatkan.

”Di permulaan tahun 2022,aku mau kasih tau berita gembira bahwa aku sudah menikah. Alhamdulillah pasangan yang bersama dengan aku sekarang di kala susah dan senang.

“Yukk merapat ke youtube aku: Vicha Barbie. Untuk tahu lebih lagi cerita aku yaaa,” tulisnya di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH