Setiap individu pasti mempunyai detik hitam hingga hampir putus asa dalam hidupnya. Mungkin itulah situasi yang boleh diandaikan buat pelakon dan hos, Norman Hakim.
Bintang bertubuh kekar itu mengakui dia pernah terfikir untuk ambil nyawa sendiri gara-gara tertekan.
Memetik artikel dari Nona, pendedahan mengejutkan itu didedahkan sendiri suami kepada pelakon, Memey Suhaiza ini ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan hos terbaharu Program Mingguan Wanita, Jun lalu.
Norman bagaimanapun mengharapkan agar apa yang dikongsikan itu boleh memberi pedoman dan iktibar berguna untuk semua.
Detik sukar itu rupanya berlaku lebih 10 tahun dulu, ketika dirinya berpisah dengan Abby Abadi.
“Sejujurnya, 10 tahun lepas saya pernah buat keputusan untuk bunuh diri. Iya, orang menilai tentang betapa bahagianya kehidupan saya sekarang tapi mereka tak tahu bagaimana hidup saya suatu masa dulu.
“Kalaulah saya ‘padam’ masa tu…,” katanya seperti yang dipetik.
“Masa tu tak fikir panjang. Kita ni pula tengah tertekan dan mudah terpengaruh. Dalam pukul 3 ke 4 pagi…tanpa fikir saya terus ambil paracetamol yang sepapan ada 10 biji tu. Saya hancurkan 10 biji pil tersebut dan minum dengan coke.
“Lepas dah telan semua, saya menangis call mak ayah dan minta maaf dekat mereka dalam keadaan sedih dan tertekan. Saya tak sedar apa yang berlaku lepas tu dan tahu-tahu saja, saya terbangun pukul 8 pagi.
“Bermula dari saat terjaga pagi itulah yang menjadi turning point untuk saya berfikir semula kesilapan yang dah saya buat,” jelas Norman.
Ads
Beberapa detik selepas mulai bangkit dari lena, Norman menjelaskan dia mulai sedar akan khilaf dan sejak itulah dia mulai lebih mendekatkan diri dengan ilmu agama.
“Kebetulan pagi tu cuaca sangat hening. Waktu tu saya hilang keluarga, saya bercerai, saya rindu anak-anak…macam-macam. Tapi itulah sebenarnya turning point yang membuatkan saya segera bangkit untuk hidup.
“Mungkin Allah panjangkan umur saya sebab Dia nak tunjuk yang kalau kita ada masalah, ada orang lain yang hadapi masalah lebih besar.
“Start dari situ saya beli buku keagamaan berkaitan solat-solat sunat. Sebelum ni pun memang tahu tentang solat-solat sunat ni tapi tak pernah hendak pergi belajar secara mendalam.
“Lepas beli dan baca buku ini, saya buat dan cuba istiqamah. Saya ingat lagi masa tu dalam penghujung tahun 2008.
“Salah seorang yang menyedari keadaan saya waktu itu ialah Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Dia tepuk bahu saya dan cakap, “Norman, awak teruk ni.” Beliau jugalah yang meminta saya berjumpa dengan gurunya. Bulan 5 tahun 2009, saya pergi berjumpa dengan Ustaz Shahrom.
Ads
“Dari situ saya belajar satu persatu, saya istiqamah dan sebagainya. Saya juga mula jaga kesihatan dan fitness,” kongsi Norman panjang lebar.
Pada masa sama, dia turut merakamkan rasa syukur kerana silaturrahim bersama bekas isteri masih kekal utuh.
“Saya ambil iktibar atas kelemahan saya dalam rumah tangga dulu dan bersyukur kerana Allah pilih dan satukan kami. Walaupun bukan lagi sebagai suami isteri tapi saya, Memey dan Abby saling menyayangi satu sama lain. Ilaahi Taala.
“Saya bahagia dapat isteri dan bekas isteri yang juga ibu kepada anak-anak yang saling menyayangi untuk sama-sama membesarkan mereka.
“Nak dapat apa yang dihajati ini bukan hanya amalkan dalam setahun dua dah boleh nampak hasilnya. Kena ambil masa dan istiqamah.
Ads
“Contohnya bagi saya, saya akan bangun pagi bertahajud, berserah kepada Allah Taala dan paling penting sekali, kita buat solat sunat taubat. Minta ampun kepada Allah atas dosa yang telah kita buat selama ini sebab kita manusia tak lari dari khilaf.
“Keduanya lepas taubat, kita buat solat tahajud dan kita buat solat hajat untuk kita meminta kepadaNya. Sebab memang dah sebut dalam hadis, waktu tahajud apabila minta kepada Allah Taala ibarat kita memanah dengan keadaan yang tepat.
“Jadi kita kena istiqamah. Pada saya, itu adalah terapi spiritual yang sangat membantu. Kita Islam, ini adalah cara kita. Inshaallah, setiap tindakan, perlakuan, perkataan yang keluar dari mulut kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah… Allah akan ‘kawal’ kita. Segala-galanya pada atas. InshaAllah, percaya dan perbaiki diri kita setiap tahun,” ujarnya optimis.
Malah, dia turut mengakui mempelajari dan membaca ayat suci al-Quran sedikit demi sedikit dan seterusnya dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.
“Dulu saya nak baca sepotong ayat pun rasa begitu berat. Tapi alhamdulillah, daripada sepotong ayat dapat baca hingga empat ayat, daripada hanya satu halaman sehari setiap pagi… sekarang dapat baca sampai empat halaman Al-Quran.
“Jadi, dari apa yang saya dapat daripada bacaan Al-Quran itulah saya kongsikan kepada isteri dan kemudian dia akan turunkan kepada anak-anak pula. Kita kena istiqamah,” akhirinya.
Norman berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan mereka, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Ryan Bakery tumpang gembira melihat pencapaian sahabatnya yang juga merupakan pembikin konten, Farihi Narnia yang kini semakin mendapat perhatian netizen.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia telah banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu bersama Farihi untuk sama-sama berjaya di dalam bidang penghasilan konten ini.
“Far ni berasal daripada Sabah. Sebelum ini, kami selalu berhubung melalui panggillan video sahaja. Dia selalu bertanya, macam mana nak sampai tahap seperti saya?
“Jadi, saya nasihatkan dia untuk kumpul duit dan datang ke Kuala Lumpur kalau betul-betul serius nak menjadi content creator. Saya ajak dia cari rezeki di sini.
“Cuba keluar daripada Sabah dan datang ke Semenanjung. Dia ambil cabaran itu. Dia kumpul duit dan alhamdulillah membuahkan hasil,” katanya kepada MH.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di Gempak Most Wanted Awards 2023, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia berasa tercabar dengan kedudukan Farihi ketika ini, Ryan akui turut senang bila melihat kejayaan rakan-rakannya.
“Kalau lihat Far sekarang, dia sudah sampai tahap seperti saya. Kami menggunakan filter dan ayat-ayat yang hampir sama di dalam video. Dia umpama adik didikan saya sendiri.
“Nak kata tercabar, tidaklah. Pada saya, kami semua sama sahaja. Alasan utama kami di sini hanyalah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Kita buat untuk diri sendiri dan kena berusaha keras. Kami selalu berkerjasama. Ada kala dia masuk video saya atau sebaliknya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Raya Last Minit ini tidak patah semangat apabila namanya tidak tercalon di GMWA2023 meskipun pernah meraih anugerah sama pada tahun sebelumnya.
“Tahun lepas, saya menang kategori Digital Content Creator Tergempak tapi tiada rezeki tahun ini. Top five pun tak tercalon.
“Pada saya, tahun ini, pesaing terlalu hebat. Ketika ini, pembikin konten pun sudah semakin ramai dan membawa bermacam-macam idea.
“Saya turut seronok bila ramai yang mengangkat pembikin-pembikin konten baharu. Lagi ramai, lagi bagus. Saya melihat perkara ini dari sudut positif,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian foto daripada pelakon, Izara Aishah di Instagram baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia merakam gambar bersama permata hati, Irisa Alaia.
Mengenakan persalinan jubah rona merah jambu cair lengkap dengan tudung melepasi paras dada, penampilan pelakon filem Pilot Cafe itu cukup memukau pandangan.
Malah, hantaran tersebut yang dibuka akses komen memberi ruang buat peminat untuk menzahirkan rasa gembira atas perkongsian terbabit.
Rata-rata daripada mereka memberikan emoji berbentuk hati dan kata positif selain mendoakan yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Alhamdulillah. Pertamanya, saya tumpang gembira melihat penampilan baharu Kak Izara. Saya yakin penampilan baharunya Kak Izara dapat membawa sinar harapan baharu di samping keluarga dan suami serta anak tersayang. Anggaplah Kak Izara seperti kakak saya. Saya menzahirkan doa dan harapan semoga Kak Izara terus istiqomah serta teruskan aktif dalam kerjaya seni hiburan pada kesesuaian yang akan datang,” komen seorang peminat.
“Kak Izara, ape yang buat Kak Izara nekad berhijrah? Cantik sangat sekarang ni,” tanya peminat lain.
“SubhanaAllah…sebaik2 doa untuk Izara dan baby,” antara komen yang tertera.
“Cantik sgt adik, moga menjadi inspirasi bagi kawan2 yang lain,” harap peminat mendoakan yang terbaik.
“Ya Allah. Kau Maha Baik!!! SubhanaAllah sempurna Izaara tutup. Ya Allah… Saya sendiri masiih jahil. Allah. Semoga lebih ramai terbuka hidayah. U are doing great super great mommy!,” tulis peminat.
“Ini yang dikatakan jgn kecam orang seksi, bila dia dapat hidayah allah, lagi elok dari kita,” komen peminat.
“Semoga terus istiqomah wahai bidadari syurga..Hijrah yg sangat2 indah. Jommm sama2 mencari syurga Allah & redho Allah,” tulis salah seorang peminat.
“Aduh cantik sangat la inspirednya,” antara respon pujian yang diterimanya.
“Ramai ajer lagi yang bertudung tapi aurat masih terdedah kan?? Izarah senyap2 tutup semua…Alhamdulillah,” antara respon yang ditinggalkan.
Izara bagaimanpun tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen-komen yang diberikan di ruangan komen.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya, pertengahan Ogos lalu.
Malah Izara turut berkongsi beberapa keping gambar baru mengenakan tudung, sekali gus memberi bayangan positif perihal penampilannya.
Foto: Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!