Penyanyi muda yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Kembali, Isma Sane mengakui agak berdebar dalam menantikan reaksi peminat terhadap lagu berkenaan, apatah lagi apabila single sulungnya, Derita memberi impak positif.
Bagaimanapun kata Isma kepada MH, dia percaya kepada rezeki dan apa sahaja respon yang diterima dari peminat adalah suatu kritikan terbaik dalam perkembangan seninya
“Memang takut apabila bercakap mengenai harapan untuk lagu baru memandangkan Derita sudah berada di tempat yang baik di hati peminat. Apa pun saya percaya rezeki.
“Kalau kembali dapat ikut rentak Derita saya boleh cakap ‘Alhamdulillah’. Kalau sebaliknya pun, saya syukur dengan apa adanya.
“Kembali adalah kesinambungan bagi single Derita dan menerusi Kembali, ia secara dasarnya menceritakan mengenai si isteri yang ingin kembali ke pangkuan suami.
“Jujurnya selepas Derita, saya mulai tulis lirik untuk lagu tersebut,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu panjang lebar.
Mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik, Isma juga turut merancang untuk memberi lebih tumpuan dalam kerjaya nyanyian.
“Saya baru sahaja tamat belajar. Bagaimanapun setakat ini fokus saya kepada bidang nyanyian terlebih dulu.
“Cuma ada terfikir untuk sambung belajar dan sekarang saya sedang tunggu waktu untuk graduasi Mac depan,” jelas Isma yang menyifatkan ibunya dalam sumber inspirasi terbesar di dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
Ads
“Saya memang punya hubungan rapat dengan Mak. Apa sahaja saya kongsi bersamanya. Saya hanya ada dia, bapa telah pun meninggal lebih 10 tahun lalu ketika saya berusia 10 tahun.
“Saya anak bongsu dari sembilan beradik dan dari kecil tidak pernah terpisah dengan Mak. Susah senang memang bersama.
“Cuma ketika ini saya sudah tinggal berasingan dengannya sejak beberapa bulan lalu demi kerjaya bersama kakak dan abang. Mujur ada ketikanya, Mak ada melawat kami, jadi kerinduan itu terubat.
“Bila jadi artis, saya tidak menafikan kehidupan mulai berubah. Meski tidak banyak, namun sekurang-kurangnya saya sudah mampu untuk bantu keluarga juga,” jelasnya optimis.
Dalam perkembangan lain, muzik video Kembali yang telah pun dilancarkan menerusi YouTube sejak 30 Ogos lalu sudah pun ditonton hampir 400,000 kali.
Bernaung di bawah label Begood Music, single sulung Isma mencipta sukses, dengan mendapat tontonan lebih 20 juta kali di platform sama.
Isma terdahulu ditemui media pada majlis pelancaran muzik video single terbarunya itu di Pak John Steamboat, IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Foto: Instagram Isma Sane
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shima Anuar berkongsi pengalaman sebelum melahirkan anak keduanya pada 8 Ogos lalu.
Kongsinya, dia begitu tenang menghadapi saat-saat sebelum melahirkan zuriat kedua dan pelakon filem Highlands Tower ini masih mampu tersenyum, meski situasi sebenar adalah sebaliknya.
“Disebabkan ramai DM yg tanya about czer, tips and bla bla bla. Tak larat yg reply satu2. Ok, let me share my experience here. Pandang dan lihat la gambar ni. Haha.
“Actually I WAS SO SCARED! Dah habis control macho dah dalam OT masa tu.
“Tapi diam2 I nangis, air mata meleleh non stop ok. Sumpah takut gila! Why..?? 1, I selalu dengar org cakap second czer akan lagi sakit drpd the first one. 2, i had a bad experience lepas beranakkan Sophia,” tulisnya.
Dalam masa sama, Shima berkongsi pengalaman selepas melahirkan anak sulung, Marian Sophia.
“Seminggu lepas beranak Sophia, 1 part of my stitches, terbukak masa mandi. Darah keluar non stop.
“Ngeri, ampaikan i cakap, ok aku taknak beranak dah lepasni! Tp eh Sophia tak sampai setahun, pregnant dah balik. Hahah! (heyy rezeki Allah nak bagi. jgn pertikai)
“Ok so citer dia, this time I tukar doctor. I am so lucky dapat Dr Seri. Alhamdulillah syukur sangat2 semuanya ok. Takde stress2. Seminggu beranak, I boleh main kejar2 dgn Sophia.
“Sampaikan my CL tegur, ni baru lepas beranak ke tak ni. Tipu la kalau cakap tak sakit langsung. Memang la sakit sikit. Tp kejap je. Mana ada beranak yg tak sakit. Be strong.
“Jangan fikir sgt pasal sakit. TAPI tak bermaksud la korang boleh buat macam2, panjat sana sini pulak. Just relax. Take a deep breath. Jangan layan sgt sakit tu. Ermm pastu jaga pantang,” tulisnya lagi.
Meski gaya hidup seperti moden, namun Shima masih mengamalkan cara berpantang secara tradisional.
“Memang la korang nampak macam, eh budak ni tak habis pantang dah keluar sana sini. Tapi kalau i keluar pun, kejap2 je. Balik rumah still buat segala mak nenek rutin pantang. EVERYDAY. Tak pernah skip 1 pun!
“Urut, tangas, tungku tu semua. And please jaga makan jugak. Big NO to ikan haruan, gamat. And i makan vitamin C untuk bagi luka tu cepat baik. So any vitamin C will do.
“Kalau baru je czer, make sure ur wound tu selalu kering. Lepas mandi pakai hair dryer utk keringkan part tu. So i think thats all yg i boleh share from my experience. Anything else tanya doctor k? Take care mommies. Be strong!,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang pelbagai terhadap perkongsian ibu beranak dua ini.
Imbas kembali, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu.
Baru sahaja melancarkan dua pek koleksi terhad Unicorn Edition di bawah payung Wawa Cosmetics, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan seperti yang diperkatakan ramai pihak.
Bagaimanapun, baik Aeril dan Wawa, apa yang dikecapinya kini bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi keduanya mulai aktif berniaga kira-kira lebih tiga tahun lalu.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi barunya itu di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Isnin.
“Wawa Cosmetics, Unicorn Editon didatangkan secara terhad dan ia hadir menerusi dua set iaitu Fantasy dan Dream.
“Kami difahamkan, pada hari pertama pelancaran, ia lebih 20,000 unit sudah terjual, alhamdulillah. Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan para stokis yang setia dengan kami.
“Meski ‘senyap’ dari mengeluarkan sebarang produk kira-kira dua bulan lalu, namun mereka tetap memberikan sokongan dan ini merupakan salah satu kejayaan team Wawa Cosmetics sendiri memandang ketika belum pun dilancarkan secara rasmi, ia sudah pun terjual,” kata Wawa kepada MH.
Ditanya mengenai status jutawan sebagaimana yang menjadi buah mulut para peminat pula, Aeril dan Wawa mempunyai jawapan sendiri.
“Kalau kami dikata jutawan, bagi saya itu rezeki dan alhamdulillah. Kita tidak menafikan memang sudah mencapai sasaran. Akan tetapi kami sendiri pun ada target sendiri. Sekarang ini, rasanya sudah tiba masa untuk kami bantu orang lain, kongsikan rezeki.
“Jujurnya timbul perasaan puas apabila dapat membantu orang lain, misalnya kami telah lahirkan dua jutawan bersama Wawa Cosmetics. Masing-masing mencapai sasaran jualan sekitar RM2 juta dan RM1 juta.
“Setakat ini mempunyai enam orang ‘leader’ dan dua daripadanya sudah bergelar jutawan. Sasaran kami selepas ini adalah untuk menjadikan empat dari lainnya akan mencapai status sama, insyaAllah,” jelas suami isteri ini.
Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga turut menanam impian untuk mempunyai wisma sendiri bagi memudahkan sistem logistik.
Setelah keguguran pada usia enam minggu kehamilan Julai lalu, pelakon Fasha Sandha akhir-akhir ini kerap kali dikaitkan seperti sedang hamil kembali gara-gara saiz perut yang semakin membesar.
Teka teki akhirnya terjawab apabila ibu Fasha, Hatijah Teh Man menerusi laman Instagram mengesahkan perkara tersebut menerusi ruangan komen.
Sekeping foto keluarga di mana aktres hebat ini berpakaian blaus merah jambu menguatkan lagi andaian.
“Comelnya Fasha Sandha. Sama macam perut saya dah 5 bulan. Kalau kandungan fasha 5 bulan maknanya sama la baby kami,” komen individu tersebut.
Jawapan wanita ini sekaligus mengesahkan berita kehamilan tersebut.
“Tak sampailah 5 bulan dik ooo,” balas ibunya.
Kalaulah betul bagai apa dikata si ibu, tahniah buat Fasha dan Aidil.
Foto : Instagram Mama Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).