Meski terpalit pelbagai pertanyaan berhubung kontroversi, Amar Asyraf menjelaskan dia enggan mengulas lanjut peristiwa tersebut.

Didakwa menceraikan isteri kedua dengan talak tiga baru-baru ini, Amar memberi penjelasan bahawa isterinya, Arna Salleh lebih mengetahui apa yang berlaku.

“Kehidupan sekarang alhamdulillah. Saya okay sahaja dan tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya. Saya hanya ada seorang isteri dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tidak mahu bercerita soal peribadi lagi. Cuma satu perkara yang boleh saya ulas, saya bukan minta maaf… saya minta izin.

“Sebenarnya dia tahu semuanya daripada mula. Dia lebih mengenali saya. Saya tidak mahu komen kerana ia akan menyinggung ramai orang.

“Pengajaran buat saya, berbincanglah dengan isteri sebelum membuat apa-apa keputusan,” ulasnya jujur.

IKLAN

Memohon agar orang luar tidak lagi mencampuri urusan peribadi dan rumah tangganya, Amar menambah, isteri turut berpesan agar tidak sesekali membuka mulut atas apa yang terjadi.

“Banyak akaun palsu yang membuat dakwaan namun saya tidak mahu menjelaskan apa-apa. Isteri lebih tahu.

“Isteri pun telah berpesan supaya jangan berkongsi hal peribadi kerana orang tetap akan nampak kesalahan kita.

IKLAN

“Memang saya bersalah cuma saya tidak mahu komen lebih lanjut. Saya bersyukur kerana isteri sangat memahami dan sangat baik. Dia memberi izin untuk saya berkahwin lain.

“Itu hal peribadi dan sepatutnya orang luar tidak perlu masuk campur,” katanya.

Terdahulu, aktor ini sewaktu ditemui pada majlis tayangan filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda yang bakal ditayangkan pada 27 Februari ini.

IKLAN

Terdahulu, wanita dipercayai isteri keduanya, Vivi Jeffry mendakwa dia sudah diceraikan dengan talak tiga oleh suami pada 4 November tahun lalu.

Menerusi pendedahan sama, Amar bagaimanapun didakwa enggan bekerjasama dengan baik untuk menguruskan proses perceraian di mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Amar turut membarisi filem terbitan A.Aida Production.

Filem arahan Bade Hj Azmi itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 27 Februari dan turut dibintangi barisan pelakon hebat lainnya seperti Nadia Brian, Mas Khan, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Oktovia Manrose dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI