Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman.
Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.
“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini.
“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH.
Pelakon dan pengarah, Eizlan Yusof percaya rezeki apabila ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa dia telah ditawarkan projek lumayan sebagai duta produk sebuah syarikat gergasi.
Menurut Eizlan atau nama sebenarnya, Idris Md Yusof, 51, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan
Difahamkan, syarikat yang bukan calang-calang namanya itu bakal membuka 300 cawangan di seluruh Malaysia, tahun ini.
“Dari sumber mana anda mendengar cerita ini? Jujurnya, segala-galanya masih dapat perbincangan. Saya tak boleh mengulasnya dengan lebih lanjut.
“Jika ditakdirkan menjadi rezeki, saya pasti akan berkongsi. Jadi, kita tunggulah pengumumannya nanti,” katanya.
Pengarah filem Town Mall ini pada masa sama menjelaskan, dia sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan sejak zaman muda.
“Saya sangat bersyukur. Siapa sangka dalam usia 50-an, sentiasa ada ruang dan rezeki diberikan.
“Saya percaya jika konsisten dan ikhlas bekerja sebagai anak seni, pasti pelbagai cabang rezeki diperoleh. Ini juga rezeki buat keluarga saya,” katanya lagi.
Imbas kembali, Eizlan Yusof yang sebelum ini sinonim dengan ketampanan wajahnya sejak diperkenalkan menerusi filem Kad Cinta pernah menjadi rebutan pelbagai jenama untuk menjadi wajah wakilan.
Malah, wajah tampan aktor berkenaan pernah terpampang dalam iklan sekitar Singapura, Thailand, Indonesia, malah, boleh dikatakan seluruh Asia.
Jadi tidak hairanlah, wajah dan pesona bekas model iklan popular era 1980-an itu sering menjadi pilihan iklan tempatan dan antarabangsa sejak dahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Eizlan Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tanggal 26 Jun merupakan tarikh istimewa buat pelakon Lisa Surihani apabila dia tampil dengan imej terbaru dengan mengenakan tudung.
Berkongsi pengalaman menyarungkan hijab, bintang filem Istanbul Aku Datang ini akui persoalan tersebut (berhijab) sering menjadi tanda tanya baginya sejak bertahun lamanya.
“Sejujurnya tak boleh katakan yang ada satu episod atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk berhijab.
“Saya memang dilahirkan seorang Islam tetapi ada banyak yang saya rasakan, nak kata saya tak pernah belajar tentang agama atau tak pernah pergi kelas agama ke.
“Ada banyak benda yang saya kurang tahu ataupun saya rasa keliru. Banyak persoalan yang bermain dalam kepala saya ketika itu.
“Ya Allah Ya Tuhanku, angkuhnya aku satu ketika dahulu, dimana saya menyoal setiap perkara tetapi saya tidak mencari ilmu itu.
“Apabila timbul berkaitan tudung, ia adalah satu soalan yang saya selama ni tertanya-tanya bertahun lamanya. Agama Islam adalah sebuah agama yang dikatakan agama akhir zaman kita,” kongsi Lisa menerusi perkongsian video Zayan My.
Malah, pelakon itu juga mendedahkan kisah disebalik peristiwa sebelum hatinya terdetik untuk berhijab.
“Ada beberapa peristiwa atau kejadian yang berlaku yang membuatkan saya rasa hati seolah-olah dijentik.
“Pada ketika itu di bulan Ramadan, kebiasannya, apabila saya buka Al-Quran, surah An-Nur dalam satu ayat tersebut menyatakan iaitu seorang lelaki perlu merendahkan pandangan mereka terhadap wanita.
“Disitu, saya nampak ada satu kebijaksanaan disebalik ayat tersebut membuatkan saya terfikir sebenarnya wanita ini, tidak kisah sebenarnya dia berpakaian macam mana pun.
“Sebenarnya yang kena jujur ialah lelaki untuk merendahkan pandangan mereka terhadap wanita, bukan untuk memberikan alasan kepada mereka untuk menghentam, kecam, menghakimi atau pun tidak berpakaian mengikut hukum syarak.
“Dari situ, ia membuatkan saya terfikir lebih mendalam, kemudian saya masih tertanya-tanya “patutkah aku pakai” ?
“Ada satu masa, saya buka lagi satu surah itu mengenai cara pemakaian wanita Muslimah yang sepatutnya dan ada juga kebijkasaan disebalik ayat itu. Ketika itu, saya rasa hati saya macam terjentik lagi sekali,” kongsinya sebak.
Memulakan perjalan sebagai seorang wanita Muslimah yang tampil dengan imej bertudung, Lisa akui bahawa dia juga mempunyai kisah lampau.
“Saya terfikir satu ketika, saya rasa macam “aku ini banyak dosa dalam hidup, aku rasa macam aku tak layak nak cari Dia, tak layak aku nak minta ampun dengan Dia.
“Apabila saya ditegur oleh masyarakat, orang ramai yang dekat dengan saya, saya juga baca Al-Quran, tonton video, membuatkan saya nampak keindahan Allah dan betapa sayangnya Allah kepada kita.
“Memandangkan saya rasa banyak dosa dalam hidup saya, carilah Allah walau macam mana cara sekalipun.
“Itu yang saya lakukan. Saya ingin mencari kemaafan dari Dia,” jelasnya.
Ikuti video penuh kisah inspirasi Lisa berdurasi lapan minit di bawah.
Video/Foto : Youtube Zayan My/ Instagram Lisa Surihani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH agak tertarik dengan persoalan Fathia baru-baru ini di Twitter, mengenai adakah orang merinduinya di TV. Kami akui, kita semua rindu melihat Fathia beraksi dengan skill lakonan mantap yang sering dibawa oleh pelakon berwajah Pan-Asia ini.
Fathia memberitahu dia kini sedang menunggu apa-apa tawaran certia yang sedap, skrip yang baik dan karakter yang terbaik.
Namun entah mengapa tiba-tiba Fathia Latiff telah memuat naik lagi satu kenyataan dengan menyentuh tentang disiplin seseorang. Fathia nampak seperti agak kecewa dengan sikap sesetengah individu di dalam sesebuah produksi.
Katanya sekiranya tidak dipersalahkan kerana datang lambat, sesebuah produksi itu akan mencari kesalahan lain.
Malah, Fathia sempat mempertikaikan kualiti kerja sesebuah produksi dan berkata mereka hanya melakukan kerja cincai dan menunding jari pada orang lain. Fathia turut kecewa apabila produksi tersebut dikatakan langsung tidak menghargai dan buat-buat tidak nampak sumbangan, bakat, percapaian seseorang pelakan dan kebaikan.
Dalam pada itu, Fathia turut meluahkan kekesalannya kerana produksi yang lebih dikenali langsung tidak kecoh seperti produksi yang biasa-biasa ini.
Di akhir tweet Fathia sempat memberitahu mungkin orang lain boleh mencari fasal dengan selebriti yang lain, tetapi bukan dirinya.
Hmmmm, MH rasa mungkin Fathia mungkin terlalu kecewa dengan sikap mentaliti sesetengah produksi yang langsung tidak boleh bertolak ansur dengan selebriti.
MH akui, menjadi seorang selebriti bukanlah mudah, bukan sahaja perlu menghadap tomahan atau kata negatif peminat, kadang kala dengan orang industri sendiri juga sesetengah selebriti harus bersabar untuk berhadapan.
Apapun MH harap Fathia terus bersabar dan jangan mudah mengalah untuk terus berada di dalam industri. MH percaya masih ada peluang untuk Fathia terus bertapak di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.