Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman. 

Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.

Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.

“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini. 

“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH. 

IKLAN

Malah, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan sebanyak 14 kilogram demi menjayakan watak. 

“Dalam filem ini, saya berjaya turunkan berat badan dari 87kg ke 73kg dalam masa dua bulan.

IKLAN

“Hal ini kerana saya tidak mahu lepaskan peluang sebagai peneraju utama dalam filem ini.

“Jadi, demi filem MOX, saya sanggup ‘buat’ badan,” kongsinya yang sebelum ini kerap terlibat dalam aktiviti sukan saat di bangku persekolahan.

“Saya Hanya…,” – Ebi Kornelis Tak Ada Niat Tayang Badan, Komited Jayakan Watak Hero “Saya Hanya…,” – Ebi Kornelis Tak Ada Niat Tayang Badan, Komited Jayakan Watak Hero

IKLAN

“Saya Hanya…,” – Ebi Kornelis Tak Ada Niat Tayang Badan, Komited Jayakan Watak Hero
Terdahulu, Ebi,36, ditemui di majlis tayangan perdana filem Misi Operasi X di e@Curve, Damansara pada Isnin.

Filem M.O.X turut dibintangi barisan pelakon antaranya Tya Arifin, Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 November ini.

“Saya Hanya…,” – Ebi Kornelis Tak Ada Niat Tayang Badan, Komited Jayakan Watak HeroFoto:Instagram Ebi Kornelis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI