Nama Firdaus Nadxaman mungkin tidak begitu dikenali oleh peminat industri hiburan tempatan.

Bagaimanapun, pasti ramai yang pernah melihat wajahnya serta lakonannya yang kerap menghiasi kaca televisyen serta layar perak.

Memulakan kerjaya dalam bidang seni dengan menghiasi karya arahan sutradara Osman Ali, Firdaus kini mengorak langkah dengan menceburkan diri dalam bidang penerbitan.

“Saya Hanya Ingin Cari Peluang Tambah Rezeki,” – Jadi Pelakon, Penerbit & Usahawan, Firdaus Nadxaman Tapau Semua

“Saya mula melibatkan diri menerusi filem Jiwa Taiko arahan Osman. Semenjak itu, langkah saya semakin aktif dan banyak membawa watak-watak pembantu dalam filem Sejoli, Langit Cinta, Pinjamkan Hati, Jwanita, Sinaran dan banyak lagi.

Ads

“Mahu meneroka bidang baru, saya mencari peluang untuk menjadi penerbit pula menerusi syarikat saya sendiri, Guam Teamwork Sdn Bhd. Saya juga aktif menerbitkan filem dan drama bersiri, antaranya Langsuir, Biar Aku Jadi Imammu, Tuhan Masih Ada dan banyak lagi,” katanya.

Firdaus ditemui di Havoc Food Festival 3.0 di Stadium Shah Alam pada Sabtu.

Tidak hanya terlibat dalam bidang seni, Firdaus kini turut melebarkan sayap dalam bidang perniagaan menerusi karnival makanan, Havoc Food Festival selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

Ads

“Saya Hanya Ingin Cari Peluang Tambah Rezeki,” – Jadi Pelakon, Penerbit & Usahawan, Firdaus Nadxaman Tapau Semua

“Saya akui semua bidang saya minat untuk teroka dan ceburi. Saya hanya ingin mencari peluang untuk tambah rezeki dan mungkin lebih selesa dikenali sebagai usahawan selebriti.

Ads

“Apapun, saya tak akan melupakan bidang lakonan. Biarpun sering membawa watak pembantu, saya tak kisah kerana saya banyak belajar dari set penggambaran,” katanya lagi.

Terdahulu, Karnival Havoc Food Festival 3.0 mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya Hanya Ingin Cari Peluang Tambah Rezeki,” – Jadi Pelakon, Penerbit & Usahawan, Firdaus Nadxaman Tapau Semua

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI