Zahirah MacWilson mengakui rasa sedih apabila mengenangkan Allahyarham Ashraf Sinclair yang disifatkan cukup berjasa dalam kerjaya lakonannya.
Malah, bintang itu juga merupakan antara individu terawal yang terlibat dalam proses pembikinan filem sulung lakonan Zahirah, Bulan & Pria Terhebat (BPT).
Difahamkan, arwah Ashraf telah mencadangkan namanya untuk melakonkan watak Bulan, iaitu pendukung utama di dalam filem berkenaan.
“Saya ada mendapat tahu mengenai hal itu sebelum ini dan saya sebenarnya rasa sedih memandangkan arwah tiada bersama kita di sini. Kita hasilkan filem bersama jiwanya di hati.
“Dari awal arwah sebahagian dalam proses menjayakan filem ini dan disebabkan kekangan jadual, dia tidak dapat untuk bersama-sama membintangi filem (BPT).
“Apa pun saya bertuah kerana saya berpeluang untuk lakukan latihan bersamanya sekali di Jakarta, iaitu pada peringkat awal idea filem ini mahu dihasilkan.
Ads
“Sejujurnya saya berada di sana untuk satu komitmen lain, akan tetapi kami bertemu bersama pengurus saya dan Ghaz Abu Bakar selaku pengarah dan lakukan satu ‘quick training session’ melibatkan seni mempertahankan diri, Krav Maga,” jelasnya kepada MH.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza turut akui dirinya rasa berbesar hati apabila diberikan kepercayaan oleh Ashraf meski baru baru dalam seni pada ketika itu.
“Dia seorang yang positif dan sangat teruja dengan filem ini. Apabila mengetahui dia yang memberi cadangan untuk saya pegang watak dalam filem ini, ia cukup memberi makna.
Ads
“Saya hanya mengingati sikapnya yang menyokong dan banyak beri motivasi saya untuk berikan yang terbaik.
“Bagi saya yang tiada pengalaman sebelum ini lalu diberi kepercayaan, ia akan dikenang selamanya,” ujarnya.
Terdahulu, Allahyarham Ashraf sepatutnya turut sama terbabit dan bakal memegang watak antagonis menerusi BPT.
Ads
Bagaimanapun, arwah tidak dapat memenuhi tawaran itu disebabkan terikat dengan komitmen lain di Indonesia.
Selain Zahirah, BPT yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagan pada 12 Mac depan.
Ikuti temu bual penuh bersama Zahirah di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Nur Risteena menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi sepotong video ‘sweet’ yang merakamkan momen bersama tunang tersayang, Isa Khan.
Kongsinya, ia merupakan kenangan bersama ketika si tunang sedang berusaha untuk membuat kejutan bersempena majlis tunang mereka.
Risteena turut mendedahkan, gara-gara tidak mempunyai tidur yang cukup untuk menyempurnakan kejutan tersebut, Isa sampai terlelap ketika penerbangan pulang ke tanah air.
“Throwback semasa @theisakhan bertungkus lumus menjayakan surprise pertunangan kami di Bali. Masa tu dia langsung tak cukup tidur. Dia betul-betul bersungguh plan everything disana.
“Yes, he made it! Tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia, terus gone dalam flight. Kesiannya dia. Heheh! Keluar air liur weyyyy.
“Kisah hidup saya dah macam Fairytale, kadang2 rasa macam Romeo & Juliet, kadang2 rasa macam Princess. Haih.. Terima kasih Cinta, kerana menjadikan impian saya satu kenyataan. Ye cinta kita luar biasa.
“Awak selalu bahagiakan saya. Semoga kita akan terus macam ni sampai bila-bila. Rasa macam nak ulang lagi setiap detik yang kita lalui sama-sama sekali lagi. I love you, Isa Khan,” tulisnya lagi.
Serentak dengan itu, para peminat turut memberikan komen pelbagai dan rata-ratanya turut mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan ini cepat-cepat ke jenjang pelamin.
Mengejutkan apabila artis berstatus suami orang dan pasangannya, yang juga seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber Harian Metro seperti yang dipetik berkata, tangkapan berkenaan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Dakwa sumber terbabit, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.
“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.
Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula.
Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.
Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang Selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa Artis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah hampir seminggu melahirkan anak keduanya, pelakon Nad Zainal telah mendedahkan nama anak keduanya yang diberi nama Budi Kalsom bersama pengikut di akaun Instagram miliknya.
Di samping itu, bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini mendoakan puterinya menjadi seorang anak yang baik.
“Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya
“Budi Kalsom nama diberi..selamat hadir dalam hidup kami #BudiKalsom #anakku,” tulisnya.
Terdahulu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Muhammad Falid Amiruddin pada tanggal 18 Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung yang bernana Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.
Nad telah selamat melahirkan Budi Kalsom secara normal di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada 30 Mac lalu.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...