Selepas mendapat sambutan luar biasa dari dalam dan luar negara, akhirnya pihak TV3 bersetuju meneruskan lagi drama bersiri, Melur Untuk Firdaus bagi musim kedua.
Pengumuman tersebut dikongsi sendiri oleh tunjang utama drama tersebut Meerqeen dan Anna Jobling sewaktu menjadi tetamu undangan di program Terpaling Juara pada Ahad.
Menurut Anna, sebagai pelakon dia sememangnya teruja dengan perkhabaran tersebut lebih-lebih apabila dapat memenuhi permintaan peminat
“Kalau permintaan peminat nak tonton kami lagi, apa salahnya kami tunaikan. Sebenarnya kami tak jangka pun akan ada musim ke-dua.
“Pada awalnya, jangkaan kami untuk musim yang pertama hanya biasa-biasa sahaja. Bila dah ditayangkan, kami pun terkejut drama ini boleh meletop di seluruh dunia. Disebabkan itu, kami lanjutkan lagi untuk musim yang kedua. Ini semua untuk anda,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Meerqeen tidak menolak kemungkinan dia dan Anna akan berasa sedikit tertekan untuk memenuhi expektasi peminat selepas kejayaan luar biasa yang diraih pada musim yang pertama.
“Secara jujurnya, saya akui berasa sedikit tertekan untuk memenuhi ekpektasi peminat kerana kami sentiasa ingin memberikan yang terbaik. InsyaAllah kami akan cuba sebaik mungkin.
“Saya juga menharapkan drama ini akan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada musim pertama. Apa yang boleh saya katakan, drama kali ini akan menampilkan kelainan dari segi plot cerita dan karakter-karakter baru. Kami tak sabar nak mulakan penggambaran bagi drama ini.
“Memang kami sangat seronok dengan penerimaan peminat sehingga kini. Kami berkerja kerasa bagi menjayakan drama ini terutama sekali buat Anna kerana wataknya sangat berat. Saya gembira bagi pihak Anna. Dia layak untuk mendapatkan apa yang dikecapinya saat ini,” kongsinya.
Ads
Sementara itu, Anna turut mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk sekali lagi berkongsi keterujaan bersama peminat sepanjang menjayakan naskah ini.
“Peminat hari-hari membuat suntingan video mengenai saya dan Meerqeen sepanjang Melur Untuk Firdaus berlangsung dan saya sudah tidak sabar untuk merasainya sekali lagi.
“Tetapi saya tidak mahu terlalu selesa dengan keadaan seperti ini dan saya mahu mencabar diri untuk memberikan mutu lakonan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya harap drama ini sekali lagi dapat mencipta fenomena,” ujarnya lagi.
Ads
Melur Untuk Firdaus musim ke-dua dijangka bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Pihak produksi dikatakan masih lagi berusaha untuk memghasilkan skrip dan naskah yang terbaik.
Drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang disiarkan TV3 melalui slot Lestary, merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada 15 Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Meerqeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Nur Fazura berkongsikan momen-momen menarik dia sekeluarga yang kini sedang menikmati percutian di Pulau Langkawi bagi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada Selasa.
Dalam muat naik di laman Instagram miliknya, Fazura berkata dia teruja kerana akhirnya perancangan untuk membawa puteri sulung, Nur Fatima Aisya bercuti dan bermain di pantai terlaksana selepas berbulan merancang.
Menariknya, kedatangan Fazura ke sana turut disambut dengan sebiji kek dan dekorasi bilik yang dihias dengan ungkapan ‘Happy Birthday’ bagi meraikan hari lahir pelakon filem Pisau Cukur itu.
Sementara itu, menerusi laman Instagram Fattah, pelakon Mat Kilau itu menitipkan ucapan romantis sempena hari istimewa isterinya itu.
“Happy birthday to my beautiful wife @missfazura, semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, dilimpahkan rahmatNya, diberi kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat.
“Me and Fatima love you so much. By the way I included her favourite song,” tulis Fattah.
Video yang memaparkan kompilasi momen-momen bahagia pasangan itu turut disertakan dengan iringan audio lagu kegemaran Fazura iaitu Glimpse of Us nyanyian asal Joji.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazura, Fattah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ozlyn berkongsi kebanggaan sebagai seorang ibu apabila anaknya, Haziq yang baru berusia tujuh tahun sudah mampu menghafal doa Iftitah dan secara sukarela tampil untuk menjadi imam.
Jelasnya, walaupun mengakui ada kekurangan pada anak-anaknya namun ia berpunca daripada khilaf dia dan suami. Dan ia sebagai persediaan untuk anak-anaknya menghadapi alam dewasa nanti.
“Alhamdulillah, haziq ni dari usia 5 tahun sibuk nak jadi imam.. smpkan penah ckp kat dia.. u doa iftitah pon x hafal ada hati nak jadi imam.. skali dia baca trus.. haa padan muka mama dia tergamam terus.. trus bg jadi imam.
“BANGGA.. ye.. aku bangga dan aku percaya ada lagi anak yg berusia 7 tahun seusia dia lebih hebat dari dia.. ye byk kekurangan Yg ada pada anak2 aku.. tp kekurangan mereka adalah dr khilaf kami.. dan kelebihan mereka adalah dari NYA.
“Kalau tgk video penuh mmg comel.. ada salah bacaan dia.. but dia seorang yg tenang.. bila dgr pembetulan dari papa dia.. hahaha xpe salah normal la kan.. practice makes perfect.
“Papa dia suka bg ruang n peluang kat anak2.. bg dorg ada rasa yakin.. dari malu trus offer diri.. xde la nnt dah besar bila keluar dgn kawan2 berebut tolak “ ko la jdi imam!!” Eh apa plak aku!! Ko la jadi imam!”
“Biar depa offer diri trus amik tempat utk jadi imam.. tp masih awal lagi nk suh anak kita jadi imam awak yek #imammudahaziqhanaia #familyhanania video penoh nnt tgk kat youtube kami JOZLYNNHANANIA ok,” kongsinya.
Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit sihat tidak pakai solekan sembarangan
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Amalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Jenama produk penjagaan kulit yang Amira gunakan sekarang?
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Produk suplemen kecantikan wajah yang digunakan?
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti atau melancong?
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Definisi cantik buat Amira?
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Tidak dinafikan, peranan golongan selebriti tidak hanya terbatas sebagai penghibur semata-mata, sebaliknya ia juga mampu menjadi pencetus semangat serta motivasi kepada masyarakat, termasuk warga...