Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kini sudah berada di Pantai Timur untuk menyampaikan bantuan buat mangsa-mangsa banjir yang terjejas di Terangganu dan Kelantan.

Menurut Aliff, hatinya sayu bila mendengar rintihan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berdepan dugaan yang sama hampir setiap tahun.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Doakan misi tiga hari dua malam kami untuk meringankan beban untuk mangsa banjir yang berlaku di Terengganu dan Kelantan.

“Banjir ini dah seperti bencana tahunan yang dihadapi ketika musim tengkujuh hujung tahun. Pilu hati saya mendengar luahan hati mereka yang terkesan.

“Ada yang sampai tidak terluah kata disebabkan setiap tahun hadapi benda yang sama. Banjir kali ini nampaknya lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh Alif menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Antara yang turut menyertai misi bantuan ini adalah isterinya, Datin Seri Shahida dan sukarelawan yang terkenal dengan gelaran Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.

Ads

Dalam pada itu, Alif turut menyeru kepada para usahawan dan orang-orang kenamaan untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi meringan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Saya harapkan lebih ramai usahawan atau ahli politik yang lain untuk turun bantu meringankan beban mereka yang terkesan dalam pada masa sama memberikan keceriaan kepada mereka yang sedang berduka.

“Diharapkan semua yang terkesan dengan musibah banjir ini tabah menghadapi ujian ini. Anda semua insan yang hebat yang diuji dan menempuh dugaan ini.

“Sebenarnya bantuan ini adalah hasil daripada sokongan pembeli-pembeli produk-produk papa,” kongsinya lagi.

Ads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semua Aliff sentiasa dimurahkan rezeki.

“Macam ni baru bagus Datuk. Lepas ni boleh bergabung dengan Abang Viva pula. Mana tahu murah lagi rezeki mereka selepas ini.

“MasyaAllah, semoga Datuk dan Datin semakin berjaya.

Ads

“Terima kasih Datuk dan Datin kerana beri bantuan buat mangsa-mangsa banjir.

“Terbaik Datuk dan Datin turun padang untuk sama-sama bantu. Semoga Datuk sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan selalu dalam lindungan Allah SWT,” antara komen-komen netizen.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hujan lebat antara 26 dan 30 November itu berlaku di luar jangkaan sehingga sebilangan besar penduduk di Kelantan dan Terengganu dipindahkan ke pusat perlindungan sementara (PPS).

Katanya lagi, hujan lebat selama lima hari di negeri Pantai Timur itu telah menyebabkan banjir bersamaan dengan purata hujan untuk enam bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI