Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai nasib 400 jemaah Haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah.
Kesemua mereka didakwa telah menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan yang sepatutnya membawa jemaah untuk menunaikan haji di Tanah Suci Mekah.
Perkhabaran ini nyata mengundang reaksi pelbagai di kalangan warganet. Antara yang turut sama memberikan reaksi berhubung insiden ini termasuk pelakon popular, Aaron Aziz.
Menurut Aaron, dia menyifatkan penipuan jemaah haji sebagai tindakan yang paling keji dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
“Sungguh biadap. Sungguh tak beramanah. Sungguh keji. Saya harap pihak berkuasa dan Persatuan Kebajikan dapat kutip penipu dan pembohong semua.
“Jom siapa yang solat Jumaat ramai ramai kita doakan utk mangsa mangsa yg ditiipu dan dipermudahkan urusan mereka,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Jelas Michael, sikap mereka ini seolah-olah tidak menghiraukan kepayahan dan kesusahan para jemaah yang telah bertungkus lumus mengumpul duit dan membuat persediaan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 itu.
“Banyak-banyak benda yang kamu semua nak menipu, janganlah menipu orang yang pergi umrah atau haji lebih-lebih lagi dari kalangan warga emas.
“Tak rasa bersalah ke menipu duit orang-orang tua tu? Secara seriusnya, anda tiada ibu bapa juga ke?
“Nak menipu pun pergilah menipu orang yang mudah tertipu atau nak cepat kaya,” ulasnya.
Rasa geram itu dikongsikan sendiri oleh Michael menerusi entri terkini yang laman Instagram.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar nasib para jemaah ini dapat dibela.
“Betul sangat. Kesiannya. Semua simpan duit. Mereka ingat mereka akan sampai Mekah dengan duit yang dikumpul hasil penat lelah.
“Sampai hati buat begini pada mereka yang nak menunaikan haji. Simpanan sepanjang hayat. Ada yang bergolok gadai semata-mata nak jejakkan kaki ke tanah suci Mekah.
“Kesian dekat diorang. Teringat kalau mak bapak kita yang kena.
Ads
“Mereka semua ini tiada hati dan perasaan.
“Setuju, hancur hati bila baca berita tentang ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, memetik laporan terkini Astro Awani, sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji terlibat berikutan isu penipuan ini.
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat.
Kesemua jemaah Haji itu berdaftar di bawah visa furada.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz, Michael Ang & Fareez Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddie memaklumkan isterinya, Rosi Aswani Abdul Razak, baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata perempuan lewat malam tadi.
Berita gembira itu disampaikan penyanyi Nadiku ini menerusi Instagram.
Alhamdulillah terima kasih Allah. Isteri saya selamat bersalin baby girl lagi. Assalamualaikim sayang papa ” tulisnya sambil diiringi ucapan tahniah daripada peminat.
Sabhi dan Rosi mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2012 dan mereka telah dikurniakan tiga anak perempuan iaitu Sofea Ressya, 6, Sofea Rania, 5 dan Sofea Risqa, 2 tahun.
Foto: Instagram Sabhi Saddi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada penyanyi Sissy Iman, Aliff Mohammad Kamil memaklumkan operasi pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Aliff yang mesra disapa ayahanda, penyanyi Tak Gundah itu bagaimanapun tidak boleh memperincikan mengenai prosedur yang telah dijalankan.
“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, dia sedang berehat. Segalanya berlaku dengan cepat.
“Tak tahu nak cakap dan jawab macam mana sebab ramai yang bertanya. Sissy tak maklumkan apa-apa dengan kami.
“Nak kata pembedahan tak major, berjam (makan masa) juga tunggu di luar bilik pembedahan,” jelasnya.
Terdahulu Sissy menerusi akaun Instagram pada Jumaat memaklumkan dia kini berada di hospital dan terpaksa ditidurkan susulan prosedur kesihatan.
Sissy menerusi posting sama turut memohon maaf andai ada terlanjur kata dan perbuatan.
Aliff menerusi Insta Stories hari ini turut menghargai setiap doa yang diberikan semua dan Sissy juga ada berkongsi perkembangan terkininya.
Alif Satar menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya menjelaskan pada waktu darurat ini, kisah yang memberi inspirasi dan positif cukup diperlukan dalam menghadapi situasi yang semakin genting.
Menurut perkongsian daripada doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Wilson Tiang, sewaktu dia sedang melakukan pemeriksaan di wad sekitar pukul 5.00 pagi, seorang lelaki tua sedang bersedia untuk melakukan solat Subuh.
Usai solat, doktor tersebut memeriksa nadi dan bertanya kesihatannya, namun seraya lelaki tua itu memegang tangannya dan berdoa “Ya Allah, lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini.” Itu cukup membuatkan perjuangannya berbaloi.
“News macam ni la yang orang nak baca. Suntikan positivity and love.. not hate, and people pointing fingers blaming on each other.
“Baca benda macam ni la buat hari-hari yang sukar rasa mudah.. stay mentally and physically strong okay guys? love ya.
“p/s Dr Wilson Tiang and you medical teams out there,you’re all heroes,” kongsinya.