“Saya Harap Siti & Juga Anak Dikurniakan Segala Kebaikan Oleh Allah SWT,” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Share

Seperti yang diketahui, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada jam 6.21 pagi, hari ini.

Bukan itu sahaja, khabar gembira itu disambut baik oleh rakan selebriti serta peminat.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi yang sinonim dengan lagu Comel Pipi Merah itu.

“Assalamualaikum Siti, saya ucap tahniah kerana dapat lahir anak yang kedua. Saya harap Siti dan juga anak dikurniakan segala kebaikan oleh Allah SWT. Tahniah Siti,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial Twitter.

Sekadar informasi, Siti selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Imbas kembali, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan selamat bergelar ibu selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Foto: Twitter Tun Dr. Mahathir Mohamad

Published by
Nazar Rafiqhi