Usahawan yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar, Mawar Karim menyifatkan ketika ini merupakan antara waktu sukar buat dirinya dan keluarga selepas dia dan anaknya perempuannya didapati positif Covid-19 sejak awal minggu lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar mendedahkan sebagai ibu dia harus kuat untuk terus melawan wabak penyakit ini.
“Mungkin ini masa sulit yg dihadapi oleh keluarga saya. Berharap yang terbaik, kesakitan bukan penghalang tetapi memberi kekuatan kepada kami untuk terus lawan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mawar turut meluahkan rasa terharu kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengambil berat mengenai diri dan juga anaknya.
Ads
“Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang berdoa / memberi kata semangat kepada Double M. Mawar dan Maryam Insyaallah bertambah sihat.
“Menghadapi masa pandemic ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat. Yakin pada diri sendiri agar semangat untuk terus sihat. Apa yang berlaku pasti ada hikmah,” katanya lagi.
Pada kesempatan itu juga, Mawar juga menitipkan ucapan penghargaan buat para petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia.
Ads
“Kepada semua Frontliner Terima kasih yg tak terhingga sanggup mengambil risiko, bagi memastikan kita semua dalam keadaan selamat. Maaf jika sy tidak sempat membalas msg / DM doa kalian . Saya amat hargai,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Mawar dan Mariam akan segera sembuh.
Ads
Terdahulu, Mawar dan anaknya telah didapati positif jangkitan Covid-19 pada tanggal 5 Januari lalu dan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Sumber: Instagram Mawar Karim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Neelofa ada ditanya mengenai pangkat Datuk oleh peminat dan menerusi akaun Instagram Lofa.videos, hos program MeleTOP itu bagaimanapun mempunyai pandangannya sendiri.
Katanya seperti yang dipetik, dia gembira dengan apa yang dikecapinya sebagai Neelofa ketika ini.
“Tak dapat Datuk…Tak dapat Datin. Semua tak dapat. Bukan tak dapat, its just that im happy by just being Lofa.
“Saya rasa kalau saya dapat Datuk pun mungkin… i dont think i will accept it. Because, saya rasa terlalu ramai sangat orang ‘berdatuk-datuk’ sekarang.
“Ia tak membezakan apa-apa pun Datuk antara Datuk, im still living in the same life,” katanya.
Neelofa yang pernah diangkat sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-29 sebelum ini turut tersenai dalam barisan 300 individu dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 di bawah kategori Runcit dan E-dagang.
Pada masa masa, pemenang Dewi Remaja 2010 ini juga sinonim menerusi beberapa persidangan berbentuk hal ehwal semasa di dalam dan luar negara.
Kadangkala bila hidup terlihat serba sempurna, itulah waktu dimana kita sering alpa dan semakin menjauh dari yang maha esa! Itulah juga apa yang dialami oleh usahawanita yang juga pengasas Mutyara, Tya Arifin.
Menurutnya, meski dikurniakan segalanya dalam kehidupan, namun dia tetap mempunyai ruang kosong dalam diri yang sering meminta untuk diisi.
Justeru, tidak mahu menjadi hambaNya yang kufur nikmat, ibu kepada dua anak ini mendedahkan, dia mula memikirkan secara mendalam soal rohani selepas melihat perubahan suami yang kian mendalami ilmu agama Islam.
Tak Mahu Kufur Nikmat
“Sebab terbesar saya memutuskan untuk menutup aurat ialah saya mahu berhijrah. Alhamdulillah Allah telah berikan saya pelbagai nikmat, keluarga, anak-anak dan perniagaan yang berjaya walau berhijrah dari Palembang ke Malaysia.
“Apa lagi yang Allah tidak kurniakan? Saya tidak mahu jadi wanita dan hamba yang kufur nikmat.
“Allah telah berikan lebih daripada apa yang saya minta, tapi sentiasa ada satu yang kurang. Saya berjaya menolong orang melalui perniagaan namun saya tidak mampu menolong diri sendiri.
“Dalam rumah tangga ada masa kita diuji dan ia menguatkan saya untuk berubah. Suami pula semakin dekat dengan ajaran Islam dan berubah menjadi lebih baik. Jadi tidak adil jika saya tidak mahu berubah.
“Allah sentiasa ada bersama saya di saat saya memerlukan pertolongan dan Allah berikan yang terbaik untuk saya. Sampai satu masa saya terfikir, Allah begitu baik dengan saya.
“Bila difikirkan ada satu titik yang belum dibuat iaitu saya tidak menjadi seorang Muslimah yang sempurna. Saya tidak menjadi hamba Allah yang baik,” ulasnya panjang lebar.
Jangan Lengahkan ‘Niat’ Untuk Buat Sesuatu Kebaikan
Tegasnya, jika terbit niat untuk berbuat baik dan memakai tudung, cuba segerakan niat.
“Sebelum ini saya fikirkan manusia yang bertudung dan menutup aurat ialah perkara biasa. Saya fikirkan untuk berhijab, nanti dahulu, akan datang hidayah.
“Saya mahu baikkan hati dahulu. Tapi sekarang saya fikirkan, alangkah baiknya andai saya cepatkan keputusan ini dahulu.
“Saya juga sedar saya tidak mahu suami menanggung dosa dan Prof Muhaya juga banyak menasihati saya mengenainya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang sekeliling. Hijrah ini kerana saya dan Allah, Allah terlalu baik dengan saya. Saya tidak mahu menjadi contoh yang tidak baik kepada pengikut.
“Saya mahu menjadi ibu yang baik kepada anak-anak, isteri yang baik untuk suami dan contoh yang baik buat peminat kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain,” katanya lagi.
Tiga Tips Untuk Wanita Yang Mahu Berubah
Akur akan trend selebriti membuka hijab, jelasnya dia perlu mengawal diri sendiri agar dapat terus istiqamah dengan perubahan.
“Dalam dunia ini ada dua, perkara yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal. Kita boleh mengawal diri sendiri dan tidak mampu mengawal orang lain.
“Jadi sangat penting untuk saya tahu, saya mampu mengawal diri sendiri. Jika kita mahu fikir mengenai orang tidak sukakan kita, kita akan penat.
“Penghijrahan saya satu proses yang sangat panjang, selama 25 tahun baru saya mendapat hidayah dan tidak semudah itu untuk terus berubah.
Dia turut berkongsi tiga tips kepada wanita lain yang turut punyai rasa untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Pertama berubah kerana Allah, kedua kena cepat membuat tindakan, jika mahu memakai tudung, terus segerakan. Dan ketiga, yakin kepada rezeki yang Allah tetapkan,” titip Tya.
Untuk rekod, tatkala berkongsi kisah hijrahnya, pelakon dan usahawan Tya Arifin merasa sebak kerana pada mulanya dia langsung tiada perancangan untuk berhijab, namun Februari 2020 merupakan titik perubahan terindah dalam kehidupanya!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
“Saya sentiasa menyokong, berada di belakang dia.” Demikian kata bekas isteri aktor Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila ketika memberi respon susulan penahanan reman pelakon berkenaan ekoran dakwaan memukul penghuni kondominium, baru-baru ini.
Menurut Nabila, dia sudah pun mengetahui cerita penuh daripada pihak Sharnaaz, namun dia akui mengakui terkejut pada awalnya ketika mengetahui berita terbabit.
“Ketika mendengar mengenai insiden itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.
“Mengenai kes yang sedang berlangsung, saya tak boleh nak ulas atau komen lebih lanjut sebab ia membabitkan siasatan polis.
“Cuma walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya.
Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.
Sementara itu, Nabila mendedahkan Sharnaaz menitiskan air mata apabila bertemu Jebat selepas direman.
“Sharnaaz hantar video dia bertemu anak kepada saya selepas kes itu. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.
“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan itu saya tak boleh nafikan,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.
Sharnaaz yang juga penghuni di kondominium sama didakwa menumbuk dan menendang mangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!